9 Amalan Bulan Rejab Perkongsian Dari Ustaz Don Daniyal

Azhafizah MN
By -
8
Amalan Bulan Rejab

Selamat menyambut bulan Rejab 1445H. Sempena memasuki bulan Rejab iaitu malam mustajab doa ini, umat Islam digalakkan melakukan amalan-amalan seperti yang dicadangkan hasil perkongsian Ustaz Don Daniyal di laman sosial instagram beliau.


9 cadangan aktiviti malam/ amalan 1 Rejab 1445H sempena Malam Mustajab Doa yang merupakan 1 Bonus

  1. Majlis Ilmu. Dalam Majlis Ilmu sentiasa ada doa.
  2. Majlis Bacaan Yaasiin & Tahlil Arwah.
  3. Majlis Bacaan Doa Selamat.
  4. Majlis Zikir. Zikir-zikir dalam wirid, ratib, hizib, dan lain-lain hat kita biasa baca tu, semua tu doa la tu.
  5. Majlis Bacaan Maulid. Ini pun penuh dengan doa dan mohon syafaat Rasulullah ‎ﷺ .
  6. Belanja makan. Sekurang-kurang ada doa makan yg mintak keberkatan. Cuma, jangan lupa doa orang yang belanja kita.
  7. Bagi sedekah. Bukan online saja. Bagi sedekah di rumah anak yatim ke, orang susah ke, orang miskin ke, rakan atau keluarga yang dalam belenggu hutang ke. Lepas tu, minta depa tolong doa kat kita. Apa hajat kita, bagitahu dia. Minta tolong dia doa.
  8. Perbanyak solat sunat. Dalam solat dan hujung solat, dan lepaih solat banyak momen untuk doa.
  9. Baca Quran. Sambil-sambil baca ayat pasal azab, doa mintak lindung. Sambil-sambil baca doa nikmat & syurga, mintak masuk. Sambil-sambil tu, ready jugak nak sambut Ramadhan. Kan?

Secara ringkas dan umumnya, antara Amalan bulan Rejab yang digalakkan adalah :
  • Berpuasa
  • Memperbanyakkan bersedekah
  • Memperbanyakkan membaca al-Qur’an
  • Memperbanyakkan berzikir
  • Memperbanyakkan solat-solat sunat

Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan dalam melaksanakan amal ibadah kita serta memasukkan kita dalam dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang sentiasa melakukan kebaikan dan ketaatan kepada-Nya. InshaAllah. Aamiin...

Ambillah kesempatan untuk berdoa apa sahaja dan mendapatkan pahala ketika bulan Rejab, Syaaban hingga dapat bertemu Ramadhan yang di dalamnya lebih baik dari 1000 bulan.
Wallahua'lam...
Tags:

Post a Comment

8Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment