Menu Berbuka 10 Ramadan : Ayam Goreng Berlado Dan Butterhead Lettuce

Azhafizah MN
By -
14
Tak ada idea nak masak apa untuk menu berbuka 10 Ramadan. Tanya anak buah, ayam nak masak apa. Nak masak ayam phat phet khairulaming ke tanya saya lagi. Dia jawab menu tu sama je macam masak ungkep, masak ayam goreng berlado je. Kalau orang kampung saya dia panggil masak palong.

Tak tahu mana datang masak palong. Mungkin sebab dekat dengan nama tempat Palong atau asalnya masakan orang Palong. Entahlah...

Okaylah, dah dapat kata putus. Kita pun ulang menu berbuka 8 Ramadan, masak ayam goreng berlado atau nama lainnya ayam goreng kunyit serai gitu. Sayur hidangkan butterhead lettuce je. Ringkas dan mudah nak sediakan. Krup krap krup krap makan sayur rangup ni.

ayam goreng berlada cili api

Alhamdulillah rezeki 10 Ramadan, meriah berbuka bertiga walaupun lauk ringkas macam biasa seadanya. Nanti kembali berbuka berdua.

Tags:

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Cukup ringkas dan menepati tujuan kita berpuasa.

    ReplyDelete
  2. Sedapnya ayam masak berlado. Ada unsur pedas, boleh bertambah makan 😁
    Fiza sebut masak ungkep, jadi teringin pulak. Macam dah lama akak tak masak ungkep.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bertambah lauk je. Nasi makan cukup cukup. Hihi..Bolehlah tu nanti kak masak ungkep.

      Delete
  3. lauk simple mcm ni mmg membuka selera👍

    ReplyDelete
  4. Ringkas senang kerja kan..kalau kat rumah akak Pak Zain nak pelbagai lauk..sebab kami dah kembali berempat bulan puasa ni..kalau bertiga memang la sudahnya 2 lauk je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Senang kerja. Kalau ramai kena meriah lauknya :)

      Delete
  5. Wangi jew aroma ayam goreng kunyit serai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang suka letak serai tu Kak Amie. Suka bau aroma serai tu bila ditumis.

      Delete
Post a Comment