Telefilem Fatonah Azali Di TV9

Tonton Fatonah Azali, telefilem Cerekarama TV3 tahun 2017 ulang siaran pada hari Isnin, 3 April 2023 pukul 8:30 malam di TV9. Telefilem Fatonah Azali berkisahkan tentang cinta telah tercalon dalam kategori drama terbaik di Anugerah Skrin 2018.

Telefilem Fatonah Azali lakonan Nad Zainal sebagai seorang gadis terencat akal (autisme) bersama pelakon lain Redza Rosli, Zaibo, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Shahronizam Noor, Kay Maria, Mustaqim Bahadon, Ferth Jasni, Shabeck, Zamri Mac Am dan ramai lagi.

TELEFILEM FATONAH AZALI

Waktu siaran : Isnin, 3 April 2023 pukul 8:30 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Marziah Ab Manaf
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : Tanah Beris Film Production

tonton telefilem fatonah azali full movie online tv9

PELAKON DAN WATAK

Nad Zainal, Redza Rosli, Zaibo, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Shahronizam Noor, Kay Maria, Mustaqim Bahadon, Ferth Jasni, Shabeck, Zamri Mac Am dan ramai lagi.
  • Nad Zainal sebagai Fatonah
  • Redza Rosli sebagai Azali
  • Zaibo sebagai Pak Tam
  • Raja Azura sebagai Limah
  • Sharifah Sakinah sebagai Sarina
  • Kay Maria sebagai Rokiah
  • Mustaqim Bahadon sebagai Jali
  • Shahronizam Noor sebagai Dato’ Hussein

SINOPSIS FATONAH AZALI

Azali pulang ke kampung halamannya, setelah 7 tahun meninggalkan tempat itu untuk mencari kehidupan yang lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam, baru sahaja bernikah dengan seorang gadis terencat akal (autisme) bernama Fatonah yang jauh lebih muda darinya. 

Pak Tam menikahi Fatonah atas rasa hutang budi kepada ayah Fatonah iaitu arwah Dato’ Hussein. Namun, kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia, dan telah mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik bagai ibu kandungnya sendiri.

Bagaimanakah kehidupan Fatonah selepas itu? Saksikan kisah Fatonah Azali di TV9 pukul 8:30 malam ini.


2 comments:

  1. Akak tertengok cerita ni semalam. Nape la dia buat ending dia, Fatonah mati. Kalau hidup kan, happy sikit. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, sedih ending dia. Even tengok ulangan tetap best telefilem ni.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.