Telefilem Bara Cinta Ramadan Di TV9
Tonton Telefilem Bara Cinta Ramadan, telefilem Cerekarama TV3 ulang siaran pada hari Jumaat, 7 April 2023 pukul 8:30 malam di TV9. Telefilem Bara Cinta Ramadan lakonan Zamarul Hisham, Fauziah Nawi, Jasmin Hamid, Roy Azman, Ako Mustapha, Zarina Zainordin, Farid Amirul Hisham, Rozie Othman dan ramai lagi.
TELEFILEM BARA CINTA RAMADAN
Waktu siaran : Jumaat, 7 April 2023 pukul 8:30 malamSiaran TV/ Platform penstriman : TV9, astro (CH149), myFreeview 109, Tonton dan Xtra
Pengarah : Malek Rahman FDAM
Produksi : SRS Production Sdn. Bhd

PELAKON DAN WATAK
Zamarul Hisham, Fauziah Nawi, Jasmin Hamid, Roy Azman, Ako Mustapha, Zarina Zainordin, Farid Amirul Hisham, Rozie Othman, adik Aira, adik Danial, adik Kamarul, adik Manja dan ramai lagi.- Zamarul Hisham sebagai Malek
- Fauziah Nawi sebagai Arfah
- Jasmin Hamid sebagai Rozita
- Roy Azman sebagai Badrul
- Ako Mustapha sebagai Shamsudin
- Zarina Zainoordin sebagai Maznah
- Farid Amirul Hisham sebagai Tauke Lim
- Rozie Othman sebagai Kak Yam
- Adik Aira sebagai Roslina
- Adik Danial Lee sebagai Shafik
- Adik Kamarul sebagai Emy
- Adik Manja sebagai Nisha
SINOPSIS BARA CINTA RAMADAN
Kisah tentang konflik rumahtangga Malek dan Rozita akibat campur tangan dari keluarga Rozita. Malek, seorang pemandu lori yang berkelulusan SRP terpaksa menumpang hidup dirumah ibu mertuanya bersama isteri dan anak-anaknya.Walaupun tidak bergaji besar, Malek tidak sanggup untuk buat kerja lebih masa tambah pendapatan kerana mahu menunaikan ibadah terawih bersama isteri dan anak-anaknya di Masjid. Tapi ibu mertuanya menganggap Malek pemalas tak nak cari duit lebih.
Malek hanya mampu bersabar dan menahan pedihnya kata-kata ibu mertuanya yang asyik menghinanya kerana Malek miskin tidak sekaya dan berpendidikan seperti Samsudin.
Semasa dim kampung, Maznah memberi cadangan pada ibunya untuk menukar perabot dan langsir rumah sempena Hari Raya. Tapi dia minta Rozita dan Malek bayar separuh perbelanjaan itu kerana mereka sekeluarga tinggal disitu juga.
Ibunya menghasut Rozita supaya membeli barang kemas dan memaksa Malek membayar secara ansuran bulanan. Malek juga dipaksa membayar langsir yang ditempah. Rozita tersepit diantara suami dan ibunya sendiri.
Malek rasa sangat gembira dan mengajak Badrul ke Bazar Ramadan untuk membeli makanan yang diingini anak-anaknya. Selepas membeli, dalam perjalanan menuju ke arah Badrul, Malek telah dilanggar.
Mendengar berita itu, Rozita terus pengsan. Malek telah meninggal dunia. Barulah Rozita menyesal dengan segala perbuatannya itu. Menyesal pun tidak berguna kerana Malek telah pergi tak kembali. Ibunya dan Maznah juga turut menyesal dan bersedih dengan pemergian Malek.
TAMAT
Post a Comment