Menu Berbuka 12 Ramadan : Sambal Sardin Dan Timun Jepun

Azhafizah MN
By -
12
Okay harini kita ubah selera dari ikan goreng dan ikan bakar. Tapi masih menu ikan lah. Masak sambal sardin campur belimbing buluh. Sayur hidangkan timun Jepun je sudah jadikan ulaman. Suka makan timun Jepun sebab lebih rangup. Timun Jepun tahan lama tak mudah rosak bila simpan lama berbanding timun biasa.

Untuk masakan porsi kecil, saya suka tumbuk bahan tumis nak lebih sedap. Kebetulana ada stok belimbing buluh mak mentua bagi haritu. Kita campurkan sekali lah ganti asam keping. Lebih sedap juga tambah belimbing buluh. Boleh dimakan sekali.

resepi sambal sardin cili api

baca juga : resipi sambal sardin

Masih mengamalkan menu ringkas untuk berbuka puasa. Ada sardin ni macam-macam menu boleh kita olahkan.


Sekarang tengah musim buah belimbing buluh. Haritu balik kampung encik suami kejap. Tudiaa tengok buahnya lebat betul. Bila dah musim begitulah banyaknya.

buah belimbing buluh

Biasanya stok belimbing buluh saya frozenkan. Tahan lama dan boleh guna dalam banyak masakan melayu. Buat sambal ke, Campur dengan masakan lemak cili api ke kan. Ikut kesesuaian menu. 

Tapi itulah, tak rajin nak buat sambal hitam tu. Ambil masa lama dan leceh juga prosesnya. Sebab tu sambal hitam ready to eat tu boleh tahan harganya. Satu, sebab buah belimbing buluh ni susah nak dapat. Dua, sebab prosesnya yang susah dan ambil masa lama.

Tags:

Post a Comment

12Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Pergghhh... berselera Kak Amie tengok sambal sardin belimbing buluh tu Fizah.
    Bukan saja sedap buat buka puasa, untuk sahur pun sesuai ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang berselera makan lauk sardin campur belimbing buluh. A'ah kan, masak sahur pun sedap ni.

      Delete
  2. amek gmbr sambal sardin pon chuantek., ;p

    ReplyDelete
  3. semalam pun boss kasi banyak belimbing ni.. lum masak lagi pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh rezeki tu bos bagi. Nanti² bolehlah masak. Letak dalam peti ais beku tahan lama.

      Delete
  4. Terus nak ke pasar cari belimbing buluh.. aduii sedapnyaa lahaiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap ada rezeki nanti menjamu selera lauk campur belimbing buluh. Aaminn...

      Delete
  5. Teringin pulak kita nak berbuka lauk sardin hari ni.

    ReplyDelete
Post a Comment