Kintry Snack Box Dan Raya Packet Percuma Uniqlo

Azhafizah MN
By -
4
Pejam celik pejam celik Raya dah nak tiba. Baru separuh Ramadan, lagu raya pun dah mula kedengaran. Katanya Indonesia dah confirm raya 21 April. Entah-entah Ber'hurry' raya terkejut macam tahun lepas juga ke macamana? Jakim kata tunggu pengumuman. Sama-sama lah kita nantikan.

Persiapan raya tak seberapa sangat tahun ni. Baru sempat membeli baju raya. Baru raya, tudung raya, kasut raya dan beg raya dah beli awal dah. Cuma baju encik suami je lah baru nak shopping. Macam biasa beli baju sahaja bukan sepasang baju Melayu.

Shopping di Uniqlo sebab suka dengan kualiti fabrik dia. Baju Raya Uniqlo sama je pattern dia setiap tahun cuma bertukar warna je lah. Mujur juga warna tema raya tahun ni agak sedondon juga dengan baju Melayu uniqlo yang ada.

Sempat jugalah dapat Kintry Snacks Box & Raya Packets Uniqlo percuma di hari terakhir semalam. Promo ni bermula 31 Mac sehingga 6 April dengan pembelian RRM250 ke atas dalam 1 resit sementara stok masih ada. Last day baru sempat shopping. Rezeki lah stok free gift masih ada.

Tema hijau nampaknya. Tahun lepas warna hijau biru turquoise. Tahun lepas shopping dapat sampul duit raya je. Tahun ni ada penambahan. Untung juga lah kan.

Kintry Snack Box Dan Raya Packet Percuma Uniqlo

Dalam Kintry Snacks Box dapat 2 pek snack. Raya packet a.k.a sampul duit raya ada 6pcs/packs. 

Kintry Snack Box Dan Raya Packet Percuma Uniqlo

Menarik betul packaging snack kintry ni. KeMalaysian sangat. Sukalah dengan lukisan macam ni. Jenis granola macam ni buat kudapan pun sedap selain makan dicampur susu atau campur dalam overnight oats pun sedap juga.

Tags:

Post a Comment

4Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Eh yang betul Indonesia dah confirmw kak? Fanny belum denger apa2 pasal hari raya kapan 😅. Biasanya yg mengumumkan kementrian agama, dia belum ada lagi announce.

    Kalo ada yg bilang tgl 21, Fanny rasa dari aliran Muhammadiyah di sini. Mereka biasanya selalu lebih cepat dari pemerintah. Maklum ajalah, di sini aliran Islamnya ada banyak 😂. Fanny ikut pemerintah aja, biar tak pusing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terbaca di medsos. Katanya confirm. Itulah tu, memang kena tunggu pengumuman rasmi. Iya kan, disana banyak fahamannya.

      Delete
  2. comel packaging dia.. lama tak shopping di uniqlo

    ReplyDelete
Post a Comment