Responsive Ad Slot

Slider

Menu Berbuka 16 Ramadan : Ketam Masak Cili Api, Ikan Kembung Goreng Dan Sayur Campur

cara masak ketam masak cili api ketam masak cili api negeri sembilan resepi ketam masak cili api resepi sayur campur resepi sayur campur sos tiram
Menu berbuka 16 Ramadan meriah sikit dengan 3 menu. Kebetulan encik suami cuti hari Jumaat ganti cuti Nuzul Al-Quran hari ni, dapatlah membeli barang dapur sikit. Dari haritu teringin makan ketam masak lemak cili api. Ini semua KhairulAming punya pasal. Siapa suruh dia masak ketam masak lemak cili api. Kan dah tetiba rasa teringin.

Bahaya betul tengok video masak-masak pempengaruh Khairul Aming ni, semua dia masak nampak sedap je, kan? Mulanya saya suruh encik suami beli sekor je yang besar, buat raso-raso sebab dia tak suka sangat makan ketam. Leceh katanya.

Tahu-tahu dia bawa 2 ekor. Beli 2 sebab saiz ketamnya kecil. Inipun dah cukup puas makan walaupun isinya tak seberapa. Tapi murah juga harganya. 2 ekor RM8 lebih macam tu di pasaraya Zemart.

Masak ketam lemak cili api mudah je tak perlu tumis bagai. Resepi ketam masak cili api negeri sembilan guna cili api dan kunyit hidup, kisar dan masuk terus dalam periuk bersama santan, serai ketuk, garam secukup rasa. Bila ketam hampir masak barulah masukkan asam keping dan daun kunyit kalau suka. Siap!

Ketam Masak Cili Api Ikan Kembung Goreng Dan Sayur Campur

Cara yang sama orang Johor masak juga. Mudah je. Ketam pun jenis cepat masak sama macam udang. Tapi kalau ayam kena tunggu lama baru masak betul.

Even dah masak ketam pun, tetap nak ada ikan goreng sebab isi ketam bukannya banyak. Sekadar meratah buat rasa-rasa je lah. Sebab tu kena ada ikan goreng juga.

Hidangan sayur istimewa sikit, saya  masak sayur campur. Cendawan, kacang buncis, lobak merah dan  baby jagung. Lama betul tak makan baby jagung atau orang kampung saya panggil podak jagung. Sedap rangup dan manis-manis rasa dia. Sebagai peggemar sayur, sayur apa pun sedap. Setuju tak para peminat sayur sekalian?

Sayur tumis bawang merah dan bawang putih, perasa guna serbuk pasti sedap dan sos ikan sikit. Biasanya letak sos tiram je. Saja tukar selera. 
8
( Hide )
  1. masak lemak fuhhhhhh sedapnyaaaa T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fuhhh...masakan masak lemak cili padi memang padu sedapnya. Mudah je masaknya, nanti boleh cuba.

      Delete
  2. Dapat kuah ketam tu pun dah sedap bubuh atas nasi, makan dengan ikan goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyee..terasa-rasa kesedapannya tu kak Amie. Apatah lagi menu yang kita teringin nak makan.

      Delete
  3. perghh nampak berlemak kuah ketam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kuah lemak ketam cili api tu memang padu yakmat! Sodap!

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu