Telefilem Mualaf Ekspres Di TV2

Tonton Telefilem Mualaf Ekspres, sebuah telemovie khas Ramadan bersiaran pada hari Isnin, 10 April 2023 pukul 9:00 malam di saluran RTM TV2. Telefilem Mualaf Ekspres arahan Ejump Mohd dibintangi pelakon Daniel Fong bergandingan bersama Harissa Adlynn.

TELEFILEM MUALAF EKSPRES

Waktu Siaran : Isnin, 10 April 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Pengarah : Ejump Mohd
Produksi : Rumah Produksi Merah

telefilem mualaf ekspres full movie tv2 online

PELAKON

Daniel Fong, Harissa Adlynn, Ropie, Nazia Mustafar, Dato’ Awie, Wan Gegau Samsudin

SINOPSIS TELEFILEM MUALAF EKSPRES

Paparan kisah yang realitinya berlaku dalam masyarakat kita menerusi dijelmakan dalam watak utama bernama Sean Lee, seorang pemuda berbangsa Cina yang cuba berpuasa sepanjang Ramadan kali ini. 

Hakikatnya dia melakukan semua ini demi membuktikan kepada keluarga kekasihnya, Sweet bahawa dia sanggup melakukan apa sahaja untuk membuktikan kesungguhan dirinya terhadap kekasihnya itu. Ia termasuklah sanggup berpuasa demi mengekalkan hubungannya dengan Sweet.

Sementara itu, Mak Liza ibu kepada Sweet merancang untuk menjodohkan anak gadisnya itu dengan lelaki bernama Ropie yang juga orang kaya di kampung mereka. Mak Liza beranggapan bahawa Sweet akan lebih bahagia dapat berkahwin dengan lelaki kaya yang serba sempurna.

Untuk mencapai cita-citanya menjodohkan Sweet dengan Ropie, Mak Liza merancang pelbagai helah bersama-sama dengan Ropie untuk menggagalkan cubaan Sean Lee berpuasa.


Namun adakah hasrat mereka berjaya? Bagaimana pula Sean Lee menepis cubaan tersebut? Saksikan kesudahan Mualaf Ekspres pada 10 April 2023, pukul 9:00 malam di TV2.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.