Drama Segenap Takdir Di TV3

Tonton Drama Segenap Takdir, sebuah drama adaptasi novel Segenap Takdir karya Tina Derika mula bersiaran pada 24 April 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6:00 petang mengisi slot Sakura TV3.

Drama Segenap Takdir 15 episod dibintangi pelakon Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya, Nabil Aqil dan ramai lagi.

DRAMA SEGENAP TAKDIR

Jumlah episod : 15
Mula siaran : 24 April 2023
Waktu siaran : Isnin -Khamis, pukul 6:00 petang
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Sakura TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtram
Penulis skrip : Rina Khan, Sherry Khan
Pengarah : Eoon Shuhaini
Produksi : A-Ten Alliance (M) Sdn. Bhd.

Drama Segenap Takdir Di TV3

PELAKON DAN WATAK

Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya, Nabil Aqil, Sharifah Shahora, Azizah Mahzan, Watie Sadali, Haleeda, Aqeesh Aleeya, Saiful Wazien dan ramai lagi.
  • Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
  • Niezam Zaidi sebagai Azlan
  • Zara Zya sebagai Nadira
  • Nabil Aqil sebagai Faisal
  • Sharifah Shahora sebagai Maimun
  • Azizah Mahzan sebagai Nek Yah
  • Watie Sadali sebagai Salmi
  • Haleeda sebagai Mak Asmah
  • Aqeesh Aleeya sebagai Hanim
  • Saiful Wazien sebagai Budin

SINOPSIS SEGENAP TAKDIR

Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.

Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.

Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.

“Jangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.” – Azlan

Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.

Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!

‘Allah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’

Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.

Saksikan kesudahan Drama Segenap Takdir di Slot Sakura TV3.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.