Telefilem Anak Tuan Di Cereka Ahad TV3

Tonton Telefilem Anak Tuan bersiaran pada hari Ahad, 16 April 2023 pukul 9:00 malam di Slot Cereka Ahad TV3. Juga boleh tonton telemovie Anak Tuan lakonan Fasha Sandha, Azizah Mahzan, Azhan Rani, Hafiy Altamis, Habri Altamis, Kiky Hannah, Islaily Zulaiha, Ain Aziz dan Roy Azrin secara live streaming di platform penstriman Tonton.

TELEFILEM ANAK TUAN

Waktu siaran : Ahad, 16 April 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : Slot Cereka Ahad TV3, astro (CH103), Tonton dan Xtra
Penulis skrip : Zuli Ismail
Pengarah : Along Kamaludin
Produksi : Geehan Sdn. Bhd.

Telefilem Anak Tuan Di Cereka Ahad TV3

PELAKON DAN WATAK

Fasha Sandha, Azizah Mahzan, Azhan Rani, Hafiy Altamis, Habri Altamis, Kiky Hannah, Islaily Zulaiha, Ain Aziz, Roy Azrin, Dato' Naim, Siti Ruwiyani dan ramai lagi.
  • Fasha Sandha sebagai Ana
  • Azizah Mahzan sebagai Salmah
  • Azhan Rani sebagai Sani
  • Hafiy Altamis sebagai Adam
  • Habri Altamis sebagai Afiq
  • Kiky Hannah sebagai Ayu
  • Islaily Zulaiha sebagai Gee
  • Dato' Naim sebagai Pak Karim
  • Siti Ruwiyani sebagai Mak Milah

SINOPSIS TELFEILEM ANAK TUAN

Mengisahkan tentang Ana (Fasha Sandha) seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak iaitu, Adam (Hafiy Altamis), Ayu (Kiky Hannah) dan Afiq (Habri Altamis).

Ana mendapat tahu dia mempunyai kanser ovari selepas dimaklumkan oleh doktor, malah dia hanya mempunyai masa yang singkat iaitu selama 6 bulan sahaja untuk hidup.

Sedar dengan dugaan yang dihadapi, Ana mula merancang masa depan ketiga-tiga anaknya termasuklah mencari rumah anak yatim dan sekolah tahfiz yang terbaik namun kesemuanya mahal dan memerlukan wang yang banyak.

Terpalit dengan masalah kewangan dan penyakit yang dihadapi, Ana cuba mencari suaminya Sani (Azhan Rani) bagaimanapun keberadaan Sani tidak diketahui. Malah, Ana juga terfikir untuk meminta pertolongan ibunya, Salmah (Azizah Mahzan) namun menyedari ibunya juga sudah terlalu uzur untuk menjaga anak-anaknya.

Buntu dengan keadaan tersebut, Ana cuba mencari keluarga angkat yang mahukan anak-anaknya.

Namun, konflik terjadi selepas Ana meninggal dunia dan Adam tidak mahu berpisah dengan adik-adiknya sehinggalah mereka mengambil keputusan untuk melarikan diri bersama-sama.

Ikuti kisah Anak Tuan pada hari Ahad, pukul 9:00 malam di Slot Cereka Ahad TV3.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.