Header Ads

Menu Berbuka 15 Ramadan : Ikan Siakap Goreng Dan Kacang Buncis


Ye, masih lauk ikan goreng lagi. Makanlah ikan goreng tanpa jemu. Bersyukur apa yang ada. Benda boleh senang, buat apa susah-susah kan. Tak gitu? Sejenis kami yang suka menu berbuka ringkas-ringkas je.

Ikan siakap masih berbaki seekor lagi. Potong dua untuk 2 kali makan. Ikan besar ni kalau masak sekor memang membawa sampai ke sahur. Tapi tulah, biasanya masak untuk sekali hidangan je. Hidangan sahur cerita lain, kena masak panas-panas juga. Baru berselera makan.

Ada orang goreng ikan siakap guna tepung beras untuk bagi rangup. Boleh juga masak ikan siakap goreng tepung bestari, hanya perlu gaulkan dengan tepung bestari tanpa garam sebab tepung bestari dah cukup perasa dah. 

Malas nak leceh-leceh, goreng dengan garam dan serbuk kunyit pun dah menyedapkan rasa ikan goreng dan wajib goreng garing-garing.

Ikan Siakap Goreng Dan Kacang Buncis

Segala ulam-ulaman pun habis, kita masak tumis sayur kacang buncis campur lobak merah perasakan dengan sos tiram. Yang mudah mudah je ikut selera sendiri.

Walaupun menu ulang tayang, tetap nak masukkan dalam album blog. Tapi itulah, tak ada modal kata-kata dah. Tak kan nak tulis benda yang sama kan. Entry ringkas seringkas menu berbuka.


6 comments:

  1. Saya pun lebih suka kalo ikan digoreng kering macam tuh. Lebih crispy . Tapi jujur tak pernah goreng ikan di rumah ini, Krn tak suka cium baunya saat masih mentah ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚. Makanya saya kalo nak makan ikan, pasti makan di luar ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan kalau crispy gitu. Ohh macam tu ye. Faham faham..Kadang ada yang kita suka makan tapi tak boleh nak masak sendiri.

      Delete
  2. Ikan goreng memang sedap makan dengan nasi putih. Syukur Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.