Telefilem Syurga Tanpa Dosa Di TV2

Tonton Telefilem Syurga Tanpa Dosa bersiaran pada hari Selasa, 11 April 2023 pukul 9:00 malam di TV2. Syurga Tanpa Dosa dibintangi pelakon Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah dan Azrel Ismail dan ramai lagi dibawah arahan Sime Gridgette Zelle.

Telefilem Syurga Tanpa Dosa mengisahkan seorang lelaki yang menceraikan isterinya dengan talak tiga. Konflik tercetus bila si isteri keliru memilih bekas suami atau meneruskan hubungan yang baru dibina dengan suami yang baru dikenalinya.

TELEFILEM SYURGA TANPA DOSA

Waktu siaran : Selasa, 11 April 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : RTM TV2, astro (CH102), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Pengarah : Sime Gridgette Zelle
Produksi : Zamriez Golden Pictures Sdn. Bhd.

telefilem syurga tanpa dosa full movie tv2 online

PELAKON DAN WATAK

Sharnaaz Ahmad, Puteri Aisyah, Azrel Ismail, Fauziah Nawi, Dato' Ziela Jalil, Zulkifli Ismail, Shaharudin Thamby, Raja Norbaizura
  • Sharnaaz Ahmad sebagai Hisham 
  • Puteri Aisyah sebagai Nisya
  • Azrel Ismail sebagai Aiman

SINOPSIS TELEFILEM SYURGA TANPA DOSA

Telefilem Syurga Tanpa Dosa menceritakan tentang watak utamanya pemuda bernama Hisyam seorang yang terkenal dengan sikap panas barannya. Dia telah berkahwin dengan kekasihnya, Nisya.

Namun tanpa diduga satu hari Hisyam telah bertindak diluar kawalan apabila bergaduh dengan isterinya itu. Akibat pertengkaran tersebut dan gagal mengawal kemarahannya, dia telah menceraikan Nisya dengan talak tiga.

Selepas perceraian tersebut, Hisyam menyesal kerana dia sememangnya masih sayangkan Nisya. Begitu juga dengan Nisya yang masih mencintai suaminya. Cuba ibarat kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa.

Hisyam buntu memikirkan cara untuk rujuk semula dengan bekas isterinya itu. Namun akhirnya dia terfikir satu jalan sahaja yang boleh menyatukan mereka semula iaitu Nisya perlu berkahwin dengan lelaki lain dan selepas diceraikan baharulah dapat berkahwin semula dengan Hisyam.

Untuk memenuhi hasrat mereka berkahwin semula, Hisyam telah memilih sahabat baiknya Aiman untuk dinikahkan dengan Nisya dan berharap Aiman akan menceraikan Nisya dalam waktu terdekat.

Namun adakah Aiman memenuhi janjinya? Bagaimana pula dengan Nisya? Adakah dia rela diceraikan untuk berkahwin semula dengan Aiman atau pun dia memilih untuk terus hidup bahagia dengan suami barunya itu? Ikuti kesudahannya Telemovie Syurga Tanpa Dosa di TV2.

2 comments:

  1. emosi betul sampai cerai talak tiga. Kalau jadi nisya, memang move on je dari hisyam

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.