Telefilem Ku Cari Jannah Di TV1

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Ku Cari Jannah bersiaran pada hari Jumaat, 28 April 2023 pukul 9:00 malam di Slot Panggung RTM TV1. Ku cari Jannah dibintangi pelakon Syazuwan Hassan, Khalida Balqis, Fadilah Mansor, Kay Maria, Shyrim Husni dan ramai lagi.

TELEFILEM KU CARI JANNAH

Waktu siaran : Sabtu, 29 April 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform Penstriman : Slot Panggung RTM TV1, astro (CH101), RTM Klik atau aplikasi RTM Klik
Penulis skrip : Ramlah Rashid
Pengarah : Adam Hamid FDAM
Produksi : Crossfire Studio Sdn. Bhd.

Telefilem Ku Cari Jannah Di TV1

PELAKON DAN WATAK

Syazuwan Hassan, Khalida Balqis, Fadilah Mansor, Kay Maria, Shyrim Husni dan ramai lagi.
  • Syazuwan Hassan sebagai Rizarul
  • Khalida Balqis sebagai Jannah
  • Fadilah Mansor sebagai Mak Uda
  • Kay Maria sebagai Cik Semah
  • Shyrim Husni sebagai Tok Man

SINOPSIS TELEFILEM KU CARI JANNAH

Kisah tentang Jannah, seorang gadis kampung lulusan STPM yang bercita-cita tinggi melanjutkan pelajaran ke Universiti. Jannah berkawan dengan Rizarul, anak ketua kampung. Rizarul melamar Jannah, tetapi pinangannya ditolak. 

Rizarul tidak dapat menerima hakikat pinangannya ditolak, lalu memujuk ibu Jannah dengan menaikkan hantaran sehingga RM20 ribu. Kelabu mata dengan hantaran RM20 ribu itu, ibu Jannah menyatakan persetujuan, malah mencadangkan supaya terus bernikah tanpa bertunang dahulu. 

Jannah difitnah melakukan sumbang sehingga dihalau oleh ibunya. Sejak itu, Jannah belajar hidup berdikari sehingga pulang semula ke kampung sebagai seorang usahawan tudung yang berjaya.

Ikuti kisah Jannah dalam Telefilem Ku Cari Jannah di TV1.

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)