Koleksi Ucapan Dan Pantun Salam Nuzul Al-Quran 1444H/ 2023M

Malam Nuzul Al-Quran 1444H/ 2023M pada waktu masuk Maghrib 7 April 2023 bersamaan 17 Ramadan 1444H. Hari Nuzul Al-Quran 2023 pada hari Sabtu, 8 April 2023 merupakan cuti umum di Malaysia untuk semua Negeri kecuali Johor, Kedah, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Sempena Hari Nuzul Al-Quran, marilah kita sama-sama memperingati, menghayati, memahami, beramal dan menjadi Al-Quran sebagai panduan hidup.

Koleksi Ucapan Dan Pantun Salam Nuzul Al-Quran 1444H/ 2023M

Al-Quran yang merupakan Kalam Allah dimana ianya adalah satu-satunya mukjizat yang berkekalan sehingga hari Kiamat. Ia menjadi panduan dalam kehidupan manusia sama ada secara individu, rumah tangga, masyarakat malah negara.

Turunnya Al-Quran adalah bertujuan memberikan petunjuk dan bimbingan agar manusia mengenal dan tahu membeza antara yang haq dan batil.

Manusia yang beriman dan celik hatinya, akan terus bersama yang haq kerana ia satu-satunya jalan kebahagiaan di dunia dan di akhirat.

Sebagai umat Islam, kita wajib meyakini kitab suci Al-Quran secara teguh dan menjauhi sebarang keraguan yang dibuat ke atasnya oleh pihak musuh. Antara perancangan musuh ialah menimbulkan keraguan terhadap al-Quran dengan cuba mengubah isi kandungannya dan menjauhkan umat Islam dari menghayati dan mengamalkan.

Al-Quran tidak akan berjaya diubah dan diselewengkan. Ini kerana janji Allah akan memelihara Al-Quran. Inilah keistimewaan dan kehebatan al-Quran sekalipun telah lebih 1000 tahun, al-Quran masih terpelihara dan tulen.

Firman Allah SWT :

إِنَّا نَحۡنُ نَزَّلۡنَا ٱلذِّكۡرَ وَإِنَّا لَهُۥ لَحَـٰفِظُونَ
Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Quran, dan Kami yang memelihara dan menjaganya.—Surah Al-Hijr 9

sumber : https://harakahdaily.net/index.php/2020/05/10/salam-nuzul-al-quran-1441h/

baca juga : Maksud, Peristiwa dan Pengajaran Peristiwa Nuzul Al-Quran

Berikut senarai koleksi ucapan Salam Nuzul Al-Quran 2023M/ 1444H buat caption posting di media sosial. 

Koleksi Ucapan Dan Pantun Salam Nuzul Al-Quran 2023M/ 1444H

Salam Nuzul Al-Quran 2023/ 17 Ramadan 1444 H
Jadikan bulan Ramadan sebagai momentum untuk memperbaiki dan meningkatkan pemahaman, penghayatan dan pengamalan terhadap isi Al-Quran kerana semakin dekat seseorang dengan Al-Quran, maka ketaatannya kepada Allah semakin meningkat.
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1444H
Bersihkan hati, tekadkan diri menjadi umat Islam yang berakhlak untuk mendapat redha Allah SWT.
Jadikanlah Al-Quran sebagai pedoman hidup untuk meraih keberkatan hidup.
Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran 1444H/ 2023M.
Jadikan Peristiwa Nuzul Al-Quran 17 Ramadan bukan sekadar mengucapkan selamat memperingati Malam Nuzul Al-Quran, Jadikan ia sebagai motivasi diri sendiri untuk lebih mendekatkan diri kepada Sang Pencipta Allah SWT dengan berpedoman hidup pada Al-Quran dan Sunnah.
Al-Quran adalah firman Allah SWT, dengannya hidup menjadi selamat, terarah, dan tenang.
Selamat menyambut Nuzul Al-Quran 1444H.
Selamat menyambut Malam Nuzul Al-Quran 1444H.
Kedamaian telah datang dengan pengajaran yang dapat diambil dari makna turunnya Al-Quran dalam peristiwa malam Nuzul Al-Quran tersebut.
Selamat menyambut Malam Nuzul Al-Quran 17 Ramadan 1444H.
Semoga di Malam Nuzul Al-Quran ini membuka jalan untuk bertemu pada Malam Lailatul Qadar dan terus mengingatkan bahawa Al-Quran menjadi pedoman yang mesti dilaksanakan melalui bacaan dan memahami makna yang terkandung di dalamnya untuk diaplikasikan dalam kehidupan seharian bukan sekadar kata semata-mata.
Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam. Marilah kita sama-sama hayati keindahan Al-Quran pada bulan Ramadan yang penuh bermakna ini.

Selamat menyambut dan menghayati Hari Nuzul Al-Quran yang disambut pada 17 Ramadan setiap tahun kepada semua umat Islam. Marilah kita menjadikan Al-Quran sebagai Perlembagaan dalam setiap urusan kehidupan kita.
Pergi berdua menuju pekan
Sampai di simpang membawa haluan
Di malam Al-Qadr Al-Quran di turunkan
Sebagai pedoman yang tiada keraguan
Tempat menuntut dipanggil madrasah
Kalau diterjemah ertinya sekolah
Diawali dengan ucapan Bismillah
Kalam teragung kurnian Allah
Alat penimbang namanya neraca
Menimbang pahala dan juga dosa
Menyeru manusia agar membaca
Dengan Nama Allah yang Maha Esa
Melayu campur Cina dipanggil nyonya
Sedangkan manusia semunya sama
23 tahun tempoh turunnya
Sempurnalah Islam sebagai agama
Disangka berlian rupanya kaca
Ilmu dan kejahilan tidaklah sama
Mari mengaji mari membaca
Selangkah kita mengenal agama

sumber pantun : fatehahlearningcentre

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.