Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Azhafizah MN
By -
6
Hari Raya Aidilfitri 2023 bakal tiba tidak lama lagi. Sempena hari raya pasti kita tak akan melepaskan peluang untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada keluarga, saudara mara dan rakan-rakan. Ucapan tanda ingatan di hari raya.

Tak ada idea untuk buat caption posting Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 atau ucapan kad raya, boleh gunakan senarai koleksi ucapan dan pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023 di bawah.

baca juga : template ucapan kad hari raya

Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023

Koleksi Ucapan Dan Pantun Selamat Hari Raya 2023

Biar hati sejernih air,
Jangan pula dipenuhi lumpur,
Kalau salah saya belum berakhir,
diharap diampun dengan rasa bersyukur.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Jika budi dipenuhi ikhlas,
Jangan ia disulam tuba,
Jika ada salah yg belum dibalas,
Harap diampun di hariraya.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Biar amarah disunting senyum,
ibarat pekerti disulam kasih,
Diharap dihalal makan dan minum,
ibarat rezeki yang tidak disisih.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Kalau dilipek sebosar kuku
Kalau dibontang sebosar alam
Kok hilang dicaghi
Kok hanyut dipinteh
Kok tonggolam disolam
Datang biarla nampak muko
Kok poei biarla nampak belakang
Jauh diimbau, dokek digamit
Seuntai salam, sojambak kato
Dogup bicagho, meghisik raso
Salam Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Ketupat pulut di atas para,
Hendak direbus di tepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan tak luput di hati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Mohon maaf Zahir & Batin

Masak lemang sambil berdiri,
Hendak makan di Aidilfitri,
Nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja dapat ku beri,
Bukan lupa tradisi tapi ikut teknologi yang ada dihujung jari
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Anak Cina Sungguh lawa,
Jadi Pelukis di bawah pohon,
Andai kataku menusuk jiwa,
Jari disusun maaf ku pohon.
Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Di Aidlfitri ini, maafkan andai ada
TERsalah,
TERsilap,
TERumpat ,
TERsengaja atau tidak,
Moga kita telah mendapat keampunan,rahmat di Ramadan lalu.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Dalam kerendahan hati, ada ketinggian budi
Dalam kemiskinan harta, ada kekayaan jiwa
Dalam kelembutan lidah ada juga keterlanjuran kata
Dalam gurau dan senda tentu ada khilaf dan dosa
MOHON AMPUN & MAAF DI ATAS SEGALANYA
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Moga silaturahim diberkati Allah SWT

Jambangan indah lagi berseri,
Menjadi hiasan di Aidilfitri,
Sms dikirim pengganti diri,
Tanda ingtan tak lupa dihati.
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

Pelita diletak diatas para,
Hendak dinyalakan d tepi perigi,
SMS dhantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri,
Salam tulus Ikhlas Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Ramadan telah kita tinggalkan, hampir menjelma syawal mulia, 
Aidilfitri berbahang gembira, di sambut dgn rasa suka. 
Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan 
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf zahir dan batin

Tiba kita di musim perayaan
Ramai juga yang shopping sakan
Salam lebaran daku ucapkan
Di hari raya saling bermaafan
Salam Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin

Kian Berlabuh Tirai Ramadan
Lambaian Syawal Kian Dinanti
Luhur Hati Ikhlas Kemaafan
Semoga Kesalahan Dimaafi
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin

Di Aidilfitri Mulia
Maaf  dipinta andainya TERkasar Bahasa,
TERsilap bicara, 
TERmarah yang tak kena, 
TERtanya yang tak tentu hala, 
TERsasul yang tak sengaja, 
TERpukul kat mana², 
TERpinjam harta benda, 
TERmoody tak semena², 
TERumpat bila² dan macam² lagi yang TERsalah dan TERsilap.
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Pelita indah lagi berseri,
menjadi hiasan di Aidilfitri,
SMS dikirim pengganti diri,
Tanda ingatan tak layu di hati,
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Ada ketikanya…
MATA silap memandang,
TELINGA slh mndengar,
LIDAH trlnjur brkata,
FIKIRAN khilaf mnafsir,
dan HATI silap mnduga.
Mohon maaf atas segalanya, Salam Aidil Fitri.

Sepuluh jari tersusun rapi,
Bunga melati pengharum hati,
SMS dikirim pengganti diri,
Memohon maaf setulus hati,
Mohon Maaf Zahir Dan Batin.

Malam-malam lihat lampu jalan,
Tengok-tengok hantu raya,
Hati-hati diatas jalan,
Supaya selamat pulang beraya.

Bulan ramadan bulan yang mulia,
Di sambut dengan hati yang gembira,
Kini syawal semakin menjelma,
Tangan ku hulurkan maaf dipinta.

Ada mata pandanglah keindahan,
Ada mulut berbudilah pertuturan;
Ada hati berilah kesayangan,
Ada salah silap silalah maafkan.

Aidilfitri hari kemaafan
Menghapus kesalahan sesama insan
Memupuk perpaduan sesama ehsan
Mengikat tali keakraban

Kuih makmur kuih tat,
Mari makan sama ketupat,
Bukan je selamat hari raya tapi hari raya yang selamat,
Itu yang perlu kita ingat.

Terlebih bisa tutur bicara,
Disimpan jangan ampun dipinta,
Syawal dinanti kan kunjung tiba,
Ikhlas dari hamba yang cantik jelita.

Cincin disarung hati berdebar,
Jarinan lembut wajah terhias,
Ramadan disambut penuh sabar,
Aidilfitri disambut dengan meriah.

Saidina Affan menyusun kata,
Tutur peri yang aulia,
Maaf-bermaafan sesama kita,
Di Aidilfitri yang mulia.

Buah pauh ditengah bendang,
Jadi dagangan ditengah kota,
Saudara jauh datang bertandang,
Bermaaf-maafan sesama kita.

Sungguh rendang pohon rumbia,
Tempat persinggahan sianak kera,
Ketupat rendang sudah tersedia,
Jemputlah semua menjamu selera.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Disisir diandam dengan cekap,
Potong rambut pelbagai gaya,
Puasa sebulan sudahlah lengkap,
Kita menyambut Hari Raya.

Negara kita aman sentosa,
Jangan dilupa orang terinyanya,
Makan sudah baju bergaya,
Orang fakir jangan dilupa.

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.
 
Adik tersayang segak bergaya,
Mengait kuih di atas para,
Suasana riang di hari raya,
Bermaaf-maafan riang gembira.

Menyeberang lautan melintas negeri,
Terbang jauh dari Itali,
Datuk nenek muka berseri,
Anak cucu telah kembali.

Gua Niah pintunya lebar,
Dayak dusun jadi penjaga,
Datuk nenek tidak tersabar,
Kuih tersusun di atas meja.

Memukul gendang pelbagai gaya,
Amat meriah riang gembira,
Ramai bertandang di hari raya,
Tersenyum riang sanak saudara.

Sebelum lidah keluh,
sebelum hati kembali membeku,
sebelum tangan kaku & sulit hanya untuk sekedar minta maaf lewat sms
& sebelum semua operator sibuk..
MOHON Maaf atas semua khilaf yang ku lakukan

Buat meriam pasang pelita,
Asap keluar bunyi tak da,
Ucapan raya maaf dipinta,
Harap tak de yang mengguris jiwa.

Secebis kasih membuatkan kita sayang
Seucap janji membuatkan kita percaya
Sedikit luka membuatkan kita kecewa
Tapi sebuah persahabatan selamanya bermakna
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Makan sudah bersalam pon sudah,
Duit raya takkan dah lupa.

Gulai tempoyak ikan mayong,
Deroyan busok tebok tupai,
Pandu hemat ingat kampong,
Asal teman selamat sampai.

Post a Comment

6Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment