Header Ads

Menu Berbuka 18 Ramadan : Nasi Kerabu & Nasi Dagang


Mula-mula macam nak masak ikan siakap bakar sambal dan ulam timun jepun cicah sambal geprek. Tiba-tiba macam teringin makan nasi kerabu lah pula. Gantung kuali lah kita ye 2 hari ni. Nasi kerabu beli di resto favourite, Restoran Maliki depan Masjid Sikamat.

Biasanya di jual untuk sarapan. Untuk bulan Ramadan, Resto Maliki buat jualan untuk berbuka. Baguslah macam tu, sesiapa teringin di bulan puasa ni bolehlah membeli.

Nasi kerabu harini macam banyak nasi putih dari birunya. Tak apalah, rasa tetap sama juga. Agaknya kehabisan warna lah tu. Macam biasa saya pilih ayam bakar. Encik suami pula makan nasi dagang sebab nasi kerabu bukan kegemaran dia. Nasi dagang dengan ayam bakar juga.

Orang lain makan nasi kerabu dengan budu tapi saya makan dengan sambal geprek. Bila beli nasi kerabu, request tak nak apa-apa sambal. 
  Nasi Kerabu Nasi Dagang

Setiap satu bungkus RM6. Murah dan paling penting menepati KPI selera kami sebab tu ulang beli di kedai yang sama je. terpaling suka ayam bakar dia. Perapan ayam yang sedap!

Food plating tak berapa nak senonoh sebab benda dah bungkus bercampur kan. Bila masuk pinggan jadi berterabur sudah. Ada rupa sikit tu kira acilah ye.

Alhamdulillah...

Tanpa sedar, dah masuk 19 Ramadan.



12 comments:

  1. banyaknya portion.. kenyang sangat mlm ni

    ReplyDelete
  2. Dah kira cantik food plating Fiza ni, gambar pun lawa ada unsur semulajadi (dedaun).
    Akak selalu malas ambik gambar makanan beli bungkus, sebab malas nak elokkan dia kat pinggan ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..asal boleh je tu Kak Ujie. Janji ada gambar untuk modal dalam blog. Tulah pasal, jenuh nak elokkan dia dalam pinggan.

      Delete
  3. awat tempting sangat ghope nasi dagang awak beli ni... adoiiii tetiba rasa nak makan nasi dagang juga ni haahaha pose2 ni semua nak dimakan nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia punya kuah tu yang tak tahan tu kannn...Sabor KakRet..Bulan puasa ni begitulah dugaan dia. Tahan tahan...Kot jumpa nasi dagang kenalah membeli nanti.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.