Siaran Lansung Sabah Vs Selangor Live Streaming LS10 2023

Azhafizah MN
By -
0
Liga Super kembali meneruskan saingan dalam minggu ke-10 selepas cuti hari raya. Saksikan Siaran Langsung (Live) Sabah FC Vs Selangor FC yang berlansung pada hari Khamis, 27 April 2023, pukul 7:30 malam bertempat di Stadium Likas, Sabah.

Pasukan Kelab Sabah FC menerima kunjungan pihak lawan iaitu Selangor FC dalam perlawanan LS10. Mengikut rekod terkini, Skuad The Red Giants berada di kedudukan kedua liga, ketinggalan 5 mata di belakang pasukan Harimau Selatan, JDT selepas melakar empat kemenangan berturut-turut.

Adakah pasukan Selangor berjaya meneruskan rentak kemenangan bagi memberi tekanan kepada pendahulu liga dan menambah 3 mata lagi menentang Sabah? Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengingatkan anak buahnya lebih berwaspada menentang The Rhinos, Sabah FC.

Sabah FC pula di kedudukan ke 4 liga dan semestinya akan menentang habis-habisan pasukan Selangor bagi menambah 3 mata di tempat sendiri.

Pembelian tiket perlawanan Sabah Vs Selangor

Penyokong The Rhinos dan The Red Giants yang ingin menyaksikan perlawanan Sabah FC Vs Selangor FC Liga Super 2023 di Stadium Likas Sabah, boleh membeli tiket masuk secara online melalui www.tickethotline.com.my.

Siaran Langsung Liga Super 2023

Saksikan siaran lansung Liga Super 2023 antara Sabah FC melawan Selangor FC secara lansung yang disiarkan menerusi saluran 803 astro ARENA BOLA atau tonton secara live streaming online dengan astroGo secara percuma khusus untuk pelanggan astro sahaja.

Juga boleh tonton perlawanan Sabah FC Vs Selangor FC Live Streaming LS10 2023 di platform penstriman Sooka untuk pilihan yang lebih fleksibel dengan melanggan pek Liga Malaysia dengan dua pilihan iaitu pas 1 perlawanan dengan harga RM4.90 atau pas bulanan dengan harga RM28.90.

Live Sabah FC vs Selangor FC (LS10)

Waktu siaran : Khamis, 27 April 2023, pukul 07:30 malam
Tempat : Stadium Likas, Sabah
Siaran TV/ Platform penstriman : astro ARENA BOLA (CH803), astroGO dan Sooka

Siaran Lansung Sabah Vs Selangor Live Streaming LS10 2023

Keputusan masa penuh perlawanan Sabah FC vs Selangor FC Liga Super 2023 (LS10)

FT : SABAH FC (2) - (1) SELANGOR FC
 Saddil Ramdani (P) 24'
 Faisal Halim 52'
 Baddrol Bakhtiar 66'



Tags:

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn more
Ok, Go it!