Header Ads

Menu Berbuka 8 Ramadan : Ayam Goreng Kunyit Berlada Dan Butterhead Lettuce


Lain macam panas ye harini. Masa tengah masak untuk berbuka pukul 6 lebih hujan lebat turun mencurah-curah tak semena-mena. Alhamdulillah, sejuklah sikit. Kalau tidak panas berpanjangan tak boleh bawa bincang panasnya.

Harini teringin makan lauk ayam goreng kunyit berlada. Tukar selera dari kebiasaan menu ikan dan bergoreng. Ayam goreng kunyit berlada ringkas-ringkas juga. Cuma yang lecehnya saya tumbuk guna lesung batu bahan tumisnya. Lebih sedap jika guna kaedah menumbuk ni kan.

Ala untuk porsi berdua mampu lagilah nak menumbuk. Untuk porsi besar kita blendkan aje.

baca juga : resipi ayam goreng kunyit berlada
 
Ayam goreng kunyit berlada

Ingatkan nak gandingkan dengan tumis taugeh dan tauhu. Sekali taugehnya tak elok daaa..Lecur pula. Tukar menu sayur kepada butterhead lettuce je. Senang tak perlu tumis. Tauhu yang tinggal tu nanti kita kawankan dia dengan tempe, kentang dan ikan bilis buat sambal tempe.

Atau kita jadikan tauhu sumbat pun senang juga. Kann...

Teringat ada orang kongsi tauhu sumbat yang dibeli di Bazaar. Timun dan taugeh dia cucuk kat tauhu tu. Boleh dikira taugeh dan timunnya. Itu bukan tauhu sumbat. Itu tauhu cucuk namanya.  Macam-macam ragam orang berniaga di Bazaar. Sabar je lah kalau mendapat yang tak setara dengan harganya tu.

Nak elakkan membazir dan berjimat, masak ringkas-ringkas pun okay dah. Lebih puas hati masak sendiri ikut selera sendiri. Contohnya macam ayam goreng kunyit berlada ni. 

Selain tu nama lain dia, ayam masak kunyit serai, ayam masak kunyit berlada, ayam goreng berlada cili api, ayam masak goreng berlada serai. Bahan sama tapi nama berbeza. Wajib letak serai dan kunyit hidup baru sedap. Wangi je masa menumis bau serai.

14 comments:

  1. dapnye....simple but menyelerakan..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...Ye, simple tu yang berselera makan.

      Delete
  2. anak bongsu ammi complain...kenapa Seremban ni panas sangat. Alip tak tahan nak puasa katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak, lain macam complaint dia. Ke alasan nak buko poso tu. hihi...

      Delete
  3. blog kak fiza ni best sebab makanan sebenarnya. Salam Ramadan kak fiza!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ramadan Nadia.
      Hihi..lama tak masak². Bulan puasa ni baru macam hari hari ada menu masakan.
      Terima kasih Nadia.

      Delete
  4. sedap jg ni jadi.lauk sahur๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.