Header Ads

Menu Berbuka 22 Ramadan : Ikan Kembung Goreng, Tempe Goreng Dan Butterhead Lettuce


Cuaca tak menentu akhir-akhir ni. Kejap panas berpanjangan, kadang mendung, tiba- tiba kang hujan lebat. Kita pun tiba-tiba terselsema dan rongga hidung rasa perit gitu.

Tak tahulah sebab cuaca atau berjangkit pada encik suami yang baru nak baik selsema. Harap cepatlah elok. Risau bila sakit tiba-tiba menyapa ni. 

Rasa macam panas dalam badan pun ada dengan pakej mata berair. Saya rasa faktor cuacalah kot, strok haba agaknya. Even tak kemana-mana pun, udara di rumah panas pun lain macam. Air cond pun kerja lebih masa. Nampaknya bil elektrik naiklah bulan ni. 

Okay lupakan soal tu, mari kita cerita pasal menu berbuka 22 Ramadan. Seperti biasa, tak nak pening sorang-sorang, kita tanya encik suami nak makan apa untuk berbuka.

Katanya ikan kembung dan butterhead lettuce pun okay. Okay, baiklah. Goreng ikan kembung gaul dengan garam, serbuk kunyit dan pes asam jawa sikit macam biasa. 

Ikan Kembung Goreng Tempe Goreng Dan Butterhead Lettuce

Lepas tu goreng 1 pek tempe, potong 4. 1 potong tu hiris nipis jadi 3. Jadi banyak dan lebih sedap potong nipis. Lebihan tepung kita jadikan kriuk kriuk. Cicah dengan sambal kicap. Tapi lupa nak ajak sambal kicap dan sambal geprek bergambar sekali. 

Sayur wajib ada ye. Hidangkan butterhead lettuce lebih sikit. Penggemar sayur lah katakan. Mudah-mudah je menu kami. Yang jenis makan berkuah jangan tiru menu kami, risau nanti tak berselera makan. 

10 comments:

  1. Kadang kadang menu simple macma ni buat laju je makan kan...ada lak sambal..

    ReplyDelete
  2. tengok pun sedap. bertambah nasi ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...sedap mengikut selera sendiri. Tapi tak bertambah nasi lah sebab kita masak nasi cukup cukup sekali makan. hihi...

      Delete
  3. simple tapi sedap. segar betul butterhead lettuce tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, menyelerakan. Butterhead lettuce memang segar tahan lama. Itu yang rajin membeli.

      Delete
  4. Tempe goreng tu macam ada jintannya ye Fizah. Diratah saja pun sedap tu. Lagilah apabila cicah dengan sambal kicap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul Kak Amie. Saya tumbuk bawang putih, jintan manis, biji ketumbar. Cicah sambal kicap lagi padu :)

      Delete
  5. ikan goreng ni sy cicah dgn kicap je dah ckp kenyang. kalau gireng garing sikit fuhhh nikmatttt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan goreng regu dengan sambal apa pun sedap kan. Terpaling sedap bila goreng garing tu lahh.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.