Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023M/ 1444H

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023M/ 1444H buat semua umat Islam seluruh dunia. Berakhirlah teka-teki bila raya tahun ni. Kita akan menyambut hari raya pada hari Sabtu, 22 April 2023 bersamaan 1 Syawal 1444H.

Tahun ni saya team Negeri Sembilan dulu. Hari yang sama team Johor. Dua-dua dapat. Syukurlah kampung dekat. Dekat pun tak dekat sangatlah, sejam lebih macam tu.

Raya tahun ni sangat-sangat berbeza daripada tahun sebelumnya. Tahun pertama beraya tanpa abah. Tak sempat nak sambut raya Aidilfitri dengan abah. Abah dah pergi dulu ke negara abadi bulan Disember 2022, kenangan terpedih penghujung tahun 2022. Benar, rindu itu yang tiada noktahnya. 

Dalam kesedihan, raya tetap kita raikan dengan gembira bersama keluarga. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2023M 1444H

Sempena Hari Raya Aidilfitri ni, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf jika ada tersilap tutur kata yang mengguris perasaan. Kosong kosong ye. Hati-hati di jalan raya dan jangan lupa adab beraya di rumah orang.

baca juga : 

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.