Telemovie Sepahtu Raya Rewang Kampung Kenangan Bahagian 1 & 2 Di Astro Warna

Saksikan Telefilem/ Telemovie Sepahtu Raya Rewang Kampung Kenangan Bahagian 1 pada hari Selasa, 26 April 2023 dan bahagian 2 pada hari Rabu, 27 April 2023 pukul 9:00 malam di saluran 107 astro Warna atau strim di astroGo/ Ultra Box.

Telemovie Sepahtu Raya Rewang Kampung Kenangan, salah satu program menarik 7 Malam Raya Bersama Sepahtu yang turut diSINARi dengan penampilan penyampai-penyampai Radio Sinar iaitu Dina Nadzir, Siti Elizad, Angah Raja Lawak dan ramai lagi serta tetamu jemputan.

Kumpulan Sepahtu Reunion yang dianggotai oleh Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus akan menghiburkan penonton dalam Telemovie Sepahtu Raya Rewang Kampung Kenangan. Bersama geng Sepahtu menghiburkan penonton sepanjang Syawal ini, saksikan episod istimewa Sepahtu yang berkonsepkan konsert, rumah terbuka, sketsa komedi dan juga telemovie yang menghiburkan seisi keluarga.

Sepahtu Reunion Live tampil berbeza dengan nafas baru kali ni dengan rakaman penggambaran di luar Studio yang bertempat di sekitar Sungai Besar, Kuala Selangor dan Sekinchan.


TELEMOVIE SEPAHTU RAYA REWANG KAMPUNG KENANGAN
Waktu siaran : Selasa dan Rabu, 26 & 27 April 2023, pukul 9:00 malam
Siaran TV/ Platform penstriman : astro Warna (CH107), strim di astroGo/ Ultra Box
Pengarah : Haji Syam

Telemovie Sepahtu Raya Rewang Kampung Kenangan Bahagian 1 dan 2

PELAKON DAN WATAK

Jep, Rahim, Pak Ya, Ebby Yus, Dina Nadzir, Siti Elizad, Angah Raja Lawak, Hefny Sahad, Hamdan Senario, Haiqal Hairuddin,Syafawati Khairunnisa, Falyq Hikyle, Putra Anuar, Che Puan Syamim Farid, Masdo dan ramai lagi.
  • Jep sebagai Jep
  • Rahim sebagai Rahim
  • Pak Ya sebagai Pak Ya
  • Ebby Yus sebagai Yus
  • Hamdan Senario sebagai Pak Din
  • Dina Nadzir sebagai Ayu
  • Siti Elizad sebagai Leha
  • Angah Raja Lawak sebagai Ghani
  • Haiqal Hairuddin sebagai Samad
  • Putra Anuar sebagai Leman

SINOPSIS TELEMOVIE SEPAHTU RAYA REWANG KAMPUNG KENANGAN

Telemovie Sepahtu Raya Rewang Kampung Kenangan menceritakan mengenai sebuah majlis perkahwinan. Dalam majlis perkahwinan ini, empat orang dari kumpulan Sepahtu iaitu Jep, Rahim, Pak Ya dan Ebby Yus berjumpa dan mereka akan bercerita kembali kisah-kisah semasa muda dulu.

2 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.