Telefilem Pontianak 100kg

Telefilem Pontianak 100kg, siri original Tonton yang terbaharu seram komedi eksklusif hanya di platform Tonton mulai 5 April 2023. Dibintangi oleh Aya Amiruddin, Mark Adam, Mathni Razak, Ady Mohammad, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Strim langsung HD dengan melanggan Telefilem Pontianak 100kg di Platform Penstriman Tonton atau aplikasi Tonton bermula RM9.90.

PONTIANAK 100KG

Mula siaran : 5 April 2023
Siaran TV/ Platform penstriman : Tonton
Pengarah : Shuhaimi Lua
Produksi : MIG Production

pontianak 100kg full movie tonton online

PELAKON DAN WATAK

Aya Amiruddin, Mark Adam, Mathni Razak, Afifah Nasir, Wanss Ahmad, Kazar Saisi, Ady Mohammad
  • Aya Amiruddin sebagai Pontianak
  • Wanss Ahmad sebagai Malik
  • Mark Adam sebagai Salleh
  • Mathni Razak sebagai Dharma
  • Afifah Nasir sebagai Mewangi
  • Kazar Saisi sebagai Pak Bayang
  • Ady Mohammad sebagai Jibam

SINOPSIS PONTIANAK 100KG

Kisah tentang pontianak yang mengganas di sebuah kampung dan mempunyai sedikit kelainan kerana pontianak ini berbadan besar dan beratnya mencecah 100KG.

Paling merunsingkan, pontianak ini sering mengganggu penduduk kampung di waktu malam untuk mencari makanan dan menghabiskan kesemuanya.

Biarpun pelbagai usaha dilaksanakan oleh penduduk kampung yang diketuai Pak Bayang dalam menyelesaikan isu ini, namun tiada yang berkesan dan pontianak itu masih berkeliaran serta berleluasa di kampung berkenaan.

Dharma, Salleh dan Malik  merupakan pemuda-pemuda kampung yang sama sekali tidak membantu dalam memberikan sumbangan idea yang bernas untuk menyelesaikan masalah itu.

Kehadiran Jibam yang lebih proaktif bagai memberi sinar kepada Pak Bayang, namun muncul pula konflik lain.

Persoalannya, berjayakah penduduk kampung menyelesaikan masalah serangan Pontianak 100KG ini? Muat turun aplikasi Tonton atau layari tonton.com.my

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.