Telekung Travel Siti Khadijah Harmony Flair Aria Hitam Itu Menawan

Terpandang iklan Telekung Siti Khadijah yang baru, Harmony Flair Aria di facebook ke instagram entah. Ehhh, macam cantik je design telekung Harmony Flair Aria. Menepati ciri-ciri telekung yang saya suka sangat.

Balik kerja, encik suami singgah di butik Siti Khadijah AEON Nilai. Kali kedua membeli telekung Siti Khadijah di sini. Walaupun butik kecil tak kecil sangat tapi ada stok. 

Di tempat lain katanya banyak yang sold out. Telekung Siti Khadijah Harmony Flair Aria katanya keluar pada 24 November 2022 tapi macam keluar awal je. 

Rezeki saya dapatlah Telekung Siti Khadijah Harmony Flair Aria warna hitam itu menawan. Pertama kali beli telekung warna hitam. Tak pernah pernah pilih warna hitam. Telekung Siti Khadijah Harmony Flair Aria ad 4 warna iaitu hitam, ash blue, dusty pink dan soft teal.

Semua warna pun cantik. Arghh..rambang mata sebenarnya! Kenapa tak pink? Sebab pink dah ada beli telekung wrinkly varda haritu. Warna ash blue pun cantik. Soft teal pun cantik! Mana-mana pun cantiklah!

Mulanya simpan hasrat nak beli Modish Lian Li in Black tapi nampak Harmony Flair Aria ni macam lagi menarik pula. Telekung Siti Khadijah Harmony Flair Aria, maroon label dibungkus lebih ekslusif dengan beg uncang. Sebelum ni beli white label dibungkus dalam ziplock tak silap. Lupa dah!

telekung travel siti khadijah harmony flair aria hitam

Terpaling menarik kali ni Telekung Siti Khadijah Harmony Flair Aria didatangkan dengan beg uncang yang menarik untuk simpan telekung. 

Telekung Siti Khadijah Harmony Flair Aria

Khadijah Airy dihasilkan daripada fabrik yang terpaling ringan, cepat kering, tahan lama dan mudah diuruskan. Tidak mudah renyuk dan boleh dilipat dalam bentuk kompak semaksima mungkin. Tiada kemasan hiasan lace tetapi design kemasan wavy pattern laser cut. 


telekung travel siti khadijah harmony flair aria hitam

Pada uncang, ada jahitan label Siti Khadijah. Tak silap pilihan saya pilih Telekung Siti Khadijah Harmony Flair Aria warna hitam ni. Hitam itu menawan kalbu!

telekung travel siti khadijah harmony flair aria hitam

Hujung telekung dengan kemasa wavy pattern laser cut bersama tag logo SK. Saya suka design yang simple untuk telekung. Tak sarat dan minimalist.

telekung travel siti khadijah harmony flair aria hitam

Bahagian muka yang paling saya suka jenis macam ni lagi selesa. Jahitan kemas dan mesra muka. Muka kecil atau besar dia sangat ngam dengan muka, Stretchable!

telekung travel siti khadijah harmony flair aria hitam

Bukan hanya sesuai untuk travel, sesuai sangat untuk kegunaan harian di rumah. Cepat kering tu penting ye. Bahagian penutup dagu menggunakan fabrik Khadijah Comfy Flex dengan sifat anti bakteria. Tak ada isu fabrik bertahi lalat atau berbau hapak. 

Sekarang Telekung Siti Khadijah ada buat sale. Murah murah tengok harganya. Bolehlah tengok di instagram Siti Khadijah. Tapi Harmony Flair Aria ni tak ada sale sebab baru lagi. 

Fabrik telekung Siti Khadijah memang selesa betul. Yang black label tu mesti lagi best, kan! Tapi saya kurang minat jenis kerawang beria ni. Untuk buat hantaran ke atau gift sesuai sangat lah. Tapi kalau orang bagi saya terima dengan tangan terbuka. Rezeki jangan ditolak.

6 comments:

  1. Tengok Fiza pakai macam tidak perlukan anak tudung. Memang ngam melekat di muka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, tak perlu pakai inner. Pakai pun selesa ngam dengan muka.

      Delete
  2. cantik uncang beg tu.. tak pernah pakai telekung SK lg. best tak payah pakai inner

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, tertarik juga dengan uncangnya tu. A'ah, mostly saya suka macam ni senang tak perlu pakai inner.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.