Header Ads

Telefilem Mek Raya (TV2)


Tonton Telefilem Mek raya bersiaran pada hari Selasa, 1 November 2022 pukul 9:00 malam di slot Drama On 2 TV2. Telefilem Mek Raya lakonan Watie Sadali, Azrul Zaidi, Zul Huzaimy dan ramai lagi yang berkisahkan tentang masyarakat Terengganu.

Juga boleh tonton Telefilem Mek Raya secara online menerusi RTM Klik atau aplikasi RTM Klik.

mek raya tv2

TELEFILEM MEK RAYA

Waktu Siaran : Selasa, 1 November 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Slot Drama On 2 TV2 
Penulis skrip : Zul Huzaimy
Pengarah : Dak Seli
Produksi : Nang Surya Studios

PELAKON TELEFILEM MEK RAYA

Watie Sadali sebagai Mek Raya/ Mek Bunga
Azrul Zaidi
Dave Tan
Zul Huzaimy
Joyce Harn
Amran Kelo

SINOPSIS TELEFILEM MEK RAYA

Kisah tentang seorang wanita bengis dan samseng yang tinggal di Kampung Buluh, Kuala Berang. Dia terkenal dengan jolokan nama 'Mek Bunga' di kalangan pengikutnya atau 'set gedebe' (samseng) dan digeruni oleh setiap samseng yang berada di Hulu Terengganu meliputi mukim Kuala Berang, Tanggul, Kuala Telemong hingga ke daerah Marang.

Sungguhpun begitu dia sangat sukakan Bunga Raya sejak kecil lagi dan juga mempunyai semangat patriotisme yang tinggi.

12 comments:

  1. Seronok membayangkan Watie pegang watak Mek Bunga yang bengis dan samseng. Mesti best ceritanya ni. kalau rajin nak tonton kejap lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesuai juga watak tu dengan dia sebab dia pun kalau bercakap tak berhenti..Bolehlah layan santai santai cerita macam ni.

      Delete
  2. Alamak, terlepas.. sy suka jugak tgk Watie ni berlakon... hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba tengok kat RTM Klik kalau ada, boleh tengok online

      Delete
  3. Sesuai watak tu dengan penampilan Watie. Nanti boleh tengok lah drama ni.

    ReplyDelete
  4. hati ganas tapi suka bunga, sesuai lah watak tu dengan watie

    ReplyDelete
  5. lom tgk.
    sebab jrg sgt tgk tv2.
    akan dicari kat utube.
    aida kat ofis, kekadang on utube or netflix.
    sambil buat keje, layan drama / movie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada kat YT bolehlah tengok online bila bila free :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.