Drama Sorry Naik Lori (iQIYI)
Tonton Sorry Naik Lori, drama siri iQIYI Original terbaharu dibintangi pelakon Ruhainies, Nazim Othman, Tajul, Nafiz Muaz dan ramai lagi.
Drama Sorry Naik Lori episod 1 mula bersiaran pada 4 November ini secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan platform iQIYI di 191 buah negara di seluruh dunia. Episod baharu akan disiarkan setiap hari Jumaat dan Sabtu pada pukul 9:00 malam.
Sorry Naik Lori memaparkan kisah suami isteri yang hidup dunia moden bergenrekan komedi serta kisah kekeluargaan.
Penggambaran drama Sorry Naik Lori dijalankan di pelbagai lokasi di seluruh negara terbitan dengan kerjasama firma penerbitan tempatan terkenal Tsar Asia dan ditaja oleh penghantaran makanan, foodpanda.
DRAMA SORRY NAIK LORI
Jumlah episod : 12
Mula siaran : 4 November 2022
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi : Tsar Asia Sdn. Bhd.
Mula siaran : 4 November 2022
Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos
Produksi : Tsar Asia Sdn. Bhd.
PELAKON DAN WATAK
- Nazim Othman sebagai Khairul
- Ruhainies sebagai Nadia
- Tajul
- Nafiz Muaz
- Sheila Mambo
- Asha Zainul
- Ahmad Saffuan
SINOPSIS DRAMA SORRY NAIK LORI
Drama ini menyusuri kisah hidup seorang pemuda bernama Khairul. Khairul seorang pemandu lori yang tinggal di Pulau Pinang, dan isterinya Nadia, seorang suri rumah. Nadia memendam impian untuk menjadi personaliti berpengaruh di media sosial.Pada satu hari, satu daripada video Nadia di sebuah restoran yang dikongsikannya di NikNok menjadi viral dan menaikkan namanya di media sosial. Tak lama kemudian beliau menerima tawaran daripada sebuah agensi mencungkil bakat.
Sementara itu, azam Khairul mendapatkan pendapatan tambahan dihalang oleh beberapa orang pembuli di tempat kerjanya. Semua ini menimbulkan ketegangan dalam hubungan dan menyebabkan Khairul rasa serba kekurangan.
Boleh layan ni. Akak ada pas iQiyi tak guna lagi. Kalau tak jenuh tengok iklan dari tengok cerita 😂
ReplyDeleteAda masa free, bolehlah layan drama ni tanpa layan iklan tu :)
DeleteMacam tu punya tajuk pun diorang terfikir.... kreatif
ReplyDeleteHaha..asal boleh je uncle. Tapikan memang watak dia pemandu lori..so memang naik lori lah kot..
Deleters nya 'term' sori naik lori ni org kerap 'pakai' 3-4 thn lps...
ReplyDeleteSaya rasa lama dah guna term ni. hihi...
Delete