Responsive Ad Slot

Slider

Jangan Lakukan 10 Hal Ini Dalam Hidup Jika Ingin Hidup Tenang Dan Bahagia

jangan menyibuk hal orang hidup ini jangan terlalu serius jangan ingat kita hebat hidup ini jangan terlalu mendongak ke langit hidup ini hanya sementa
Hidup ini hanya sekali dan hidup ini hanya sementara. Hidup ini jangan terlalu serius, ada kalanya kita kena menikmati bahagia dengan cara kita. Jangan menyibuk hal orang kerana nanti mulalah syaitan berbisik supaya kita dengki. Jangan dibanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain kerana jalan hidup dan rezeki masing masing berbeza.

Jika hidup kita lebih daripada orang lain, jangan ingat kita hebat. Hdup ini jangan terlalu mendongak ke langit. Bila dalam kesusahan pula hidup ini jangan menyusahkan orang. Usaha selagi mana termampu. Begitulah kehidupan, istighfar dan bersyukur dengan segala nikmat yang Allah berikan. 

Nak hidup bahagia, jangan lakukan 10 hal ini dalam hidup. InshaAllah...tenang...

Jangan Lakukan 10 Hal Ini Dalam Hidup
sumber : pidotarts



Jangan lakukan 10 hal ini dalam hidup

1. Jangan cari salah orang. Salah sendiri banyak pun kita tidak sedar.
2. jangan hina orang. Allah tidak pernah hina kita.
3. jangan buka aib orang. Allah simpan aib kita sampai hari akhirat.
4. Jangan perlekehkan orang. Allah hargai setiap usaha hambaNya.
5. Jangan mengata orang. Mana tahu masa depan orang yang kita kata itulah yang akan menolong kita dalam kesusahan.
6. Jangan sakitkan hati orang. Doa orang yang teraniaya itu makbul.
7. Jangan bangga dengan amal ibadah kita. Hanya Allah yang tahu amal tersebut diterima atau tidak.
8. Jangan sombong dengan apa yang kita ada. Allah boleh tarik bila-bila masa.
9. Jangan bandingkan orang lain dengan kita. Allah bagi rezeki setiap orang itu berbeza.
10. Jangan sedih dengan kekurangan kita. Allah tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.

24
( Hide )
  1. TQ sahabat berkongsi nasihat..kunci besar untuk sentiasa tenang-tenang

    ReplyDelete
  2. tq fiza.. mmg kena selalu ingatkan diri mama jgn buat perkara2 ni.

    ReplyDelete
  3. Salah satunya ramai orang buat.. Kadang-kadang terbuat tanpa kita sedar..
    Semoga kita menjadi hamba Allah yang penuh dengan kesabaran..

    ReplyDelete
  4. 1-6 itu memang kena hati-hatilah. Peringatan untuk diri sendiri juga, ketika menulis takut termengata orang atau tak sengaja menghina orang lain. Terima kasih atas peringatan ini Fizah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap kita tak terjebak. Kadang ter tu tak disengajakan.
      Sama² Kak Amie.

      Delete
  5. Terima kasih atas perkongsian dan peringatan. Biasalah kan zaman sosial media ni banyak sangat tengok hidup orang eh lupa nak jaga hidup sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama² Sal. Kalau jadikan sumber inspirasi takpe lagi kan.

      Delete
  6. Betul sangat. Selalu sangat terjejas bila tengok media sosial, kena belajar gembira untuk orang lain dan berlapang dada. Allah tahu apa baik untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, betul tu Kak Nur. Belajar untuk mensyukuri apa yang kita ada.

      Delete
  7. kita mmg tak terlepas drpd hal2 ni tp kita boleh elak drpd melakukannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kita dapat elak dari melakukannya. InshaAllah...Aamiin...

      Delete
  8. manusia melakukan kesilapan.. seeloknya kita perbaiki diri masing2 dr tgk diri org lain

    ReplyDelete
  9. Baca 10 perkara tersebut rasa terubat perasaan ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah mudahan hati kita sentiasa tenang. InshaAllah...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu