Header Ads

Persediaan Pengundi Sebelum Memangkah Pada Hari Pilihan Raya


Semakin dekat Pilihan Raya, semakin meriah suasana Pilihan Raya. Calon Calon dan parti gigih berkempen sana sini. Bila sampai tarikh Pilihan Raya 2022 19 November dah tak dapat berkempen dah. 19 November 2022, Hari Malaysia memangkah. Jangan lupa kawan-kawan.

Saya masih mengundi di kampung. Belum tukar lagi tempat mengundi. Encik suami pun sama. Masih mengundi di kampung masing-masing. Lepas mengundi di Segamat, kita terus balik Kuala Pilah. Ataupun mengundi di Kuala Pilah dulu terus balik Segamat. Tengoklah nanti macamana.

Sebelum mengundi tu, kena ambil tahu perkara-perkara yang boleh dilakukan dan jangan lakukan. Nanti tak pasal pasal kena denda penjara dan bayar. Jadi, kena ambil tahu jugalah supaya dapat memangkah dan membuat pilihan yang tepat. 
Persediaan Pengundi Sebelum Memangkah Pada Hari Pilihan Raya
sumber : SPR


LAKUKAN

1. Sebelum Hari mengundi

Kaji calon dan parti bertanding di kawasan anda
  • Kenali calon
  • Selidik latar belakang, pencapaian dan isu diutarakan
  • Buat pilihan berasaskan fakta dan undi calon yang pertahankan isu yang anda anggap penting

Pastikan :
  • Daftar pemilih
  • Pusat mengundi
  • Saluran mengundi
semak : mysprsemak

2. Hari mengundi

Bawa dokumen (salah satu) :
  • Kad pengenalan
  • Lesen memandu
  • Pasport
  • Dokuman pengenalan sementara
  • Resit laporan kehilangan pengenalan (disahkan JPN)

Pastikan tangan bersih dan tidak bertanda

  • Tanpa hias kuku seperti cat kuku
  • Kerani pusat undi akan sapu dakwat kekal pada jari telunjuk kiri
  • Cat kuku/ hiasan boleh sebabkan penyapuan dakwat kekal lebih sukar

JANGAN LAKUKAN
1. Pakai pakaian bertanda parti politik
  • Pemakaian baju bertanda parti boleh dianggap berkempen di luar tempoh kempen
  • Jika didapati bersalah, hukuman penjara 1 tahun, denda bernilai RM5000/ kedua-duanya sekali
2. Guna telefon bimbit
  • Serah telefon bimbit pada ketua tempat mengundi
  • Jangan ambil gambar/ video kertas undi bertanda
3. Bawa kertas undi keluar pusat mengundi
  • Kertas undi perlu dimasukkan ke dalam kotak undi
  • Jika bawa keluar dari ppusat mengundi, boleh disabitkan : 
  1. Hukuman penjara 2 tahun
  2. Kompaun RM000
  3. Kedua-duanya sekali

6 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.