Donashi (Mini Donut) Big Apple

Azhafizah MN
By -
14
Malam semalam TERpergi IOI City Mall. Ehh..bukan pergi saja-saja. Tujuannya nak membeli
Internal SSD (Solid State Drives) untuk komputer. SSD yang sedia ada ni corrupt lah pula. Dah beberapa buat hal. 

Jenuh juga encik suami nak format komputer. Mujurlah juga encik suami tahu bab-bab komputer, bolehlah baiki sendiri. Agaknya sebab guna jenama biasa-biasa je kot. Tak boleh pakai lama. Padahal rasanya baru je tukar baru dalam tahun lepas ke tahun ni entah.

Dah kena tukar baru pula. Biasanya kalau beli barang komputer ni, suka membeli di ALL IT Hypermarket IOI City Mall. Situ je ada cawangannya selain HQ di Plaza Low Yat. Tak kan nak ke Plaza Low Yat yang penuh sesak tu. Baiklah kita pergi IO City Mall lebih dekat dan lebih selesa nak membeli pun. 

Beli SATA SSD WD Blue SA510 500GB dengan harga RM229. Tak pasal-pasal melayang duit sebanyak itu. Beli yang bagus sikit alang-alang tu. Pelaburan untuk kegunaan takpe lagi kan. Harap jangan buat hal lagi sudah.

Panjang pula mukadimah entri. Layankan je lah ye. Perempuan ni kalau dah mula bercakap payah nak berhenti. Hihi...

Sebelum balik, rasa macam nak membeli sesuatu buat makan-makan dalam kereta. Dah berjalan ni cepat betul rasa laparnya tu. Maka, belilah donashi atau dipanggil mini donut big apple. Mudah nak makan dalam kereta.

donashi mini donut big apple

Mini donut big apple ni salah satu menu big apple yang saya suka. Mudah nak makan dan banyak pilihan. Kadang pening nak pilih kan. Beli yang ni senang, tak payah pilih pilih. Ada 9 biji donashi.

Mini donut big apple price lebih kurang RM12 lebih macam tu. Saiz yang sesuai untuk budak budak makan juga. Manis tu dah tentu tapi ada juga yang tak manis sangat. Alah, sesekali manis manis buat raso raso.


Tags:

Post a Comment

14Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. kannn.. sekali sekala beli donut. memang comel dia punya deko tu. harap2 tahan lama lah harga dh beratus tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap begitulah. Jangan naik harga lagi sudahlah kan.

      Delete
  2. musim donut dekat fb pun meriah dengan cerita donut macam2 jenis donut yg keluar hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu, macam macam versi donut keluar lalu lalang kat fb.

      Delete
  3. sedapnya, mama mmg uska big apple donuts, sebab tak terlalu manis, bolehlah beli yg mini ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga yang manis mamapp. Suka donut big apple sebab lembut donutnya selain topping pelbagai.

      Delete
  4. Donashi ni saya pun suka sebab banyak pilihan. bak kata Fizah, buat raso raso je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang nak makan pastu kalau kongsi boleh lah makan separuh sorang setiap satu buat raso raso..hihi...

      Delete
  5. ooo sy igt yg bulat2 kecik tu... rupanya lain

    ReplyDelete
  6. Puaslah makan 9 jenis donut pelbagai rasa dan toppingnya.

    ReplyDelete
Post a Comment