Header Ads

Jadual Perlawanan Dan Siaran Lansung Piala Dunia FIFA Qatar 2022 Waktu Malaysia


Tarikh Piala Dunia FIFA Qatar 2022 (Piala Dunia FIFA ke-22) dijadualkan bermula pada 20 November hingga 18 Disember 2022 di Qatar. Piala Dunia FIFA Qatar 2022, sebuah kejohanan bola sepak antarabangsa lelaki yang dipertandingkan oleh pasukan kebangsaan daripada ahli persatuan FIFA yang dinantikan oleh kaki bola.

Piala Dunia FIFA Qatar 2022 yang berlangsung selama 28 hari merupakan Piala Dunia pertama diadakan di negara Arab dan yang pertama di negara majoriti Muslim. Selain itu, Piala Dunia kedua yang diadakan sepenuhnya di Asia selepas kejohanan 2002 yang diadakan di Korea Selatan dan Jepun.

Kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan menjadi yang terakhir melibatkan 32 pasukan, dengan peningkatan kepada 48 pasukan yang dijadualkan pada kejohanan 2026 di Amerika Syarikat, Mexico, dan Kanada.

Disebabkan oleh musim yang sangat panas di Qatar, Piala Dunia ini akan diadakan dari akhir November hingga pertengahan Disember.

piala dunia FIFA Qatar 2022

Perlawanan pertama yang dimainkan pada kejohanan itu akan dipertandingkan antara Qatar dan Ecuador di Stadium Al Bayt, Al Khor. Perlawanan akhir akan diadakan pada 18 Disember 2022, yang juga merupakan Hari Kebangsaan Qatar di Stadium Lusail, Doha. 

Maklumat lanjut tentang Piala Dunia FIFA Qatar 2022 boleh rujuk di  www.fifa.com/qatar2022

Sepanjang kejohanan Piala Dunia FIFA Qatar 2022, 8 buah stadium akan digunakan sekitar Doha dan jarak antaranya sekitar 35 batu atau 56 km yang membolehkan penonton dapat menonton lebih banyak perlawanan dengan jarak dekat. 

8 Stadium Piala Dunia FIFA Qatar 2022

  • Stadium Al Bayt di Al Khor
  • Stadium Al Rayyan di Al Rayyan
  • Stadium Al Janoub di Al Wakrah
  • Stadium Al Thumama di Doha
  • Stadium Education City di Doha
  • Stadium Khalifa International di Doha
  • Stadium 974 di Doha
  • Stadium Lusail di Lusail

Secara keseluruhannya, 64 perlawanan berlangsung sepanjang kejohanan dimana 48 perlawanan untuk peringkat kumpulan dan 16 perlawanan di peringkat kalah mati (pusingan 16, suku akhir, separuh akhir dan final).

Berikut jadual penuh perlawanan siaran langsung Piala Dunia FIFA Qatar 2022 mengikut tarikh dan waktu Malaysia. Keputusan perlawanan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

atau boleh download jadual world cup 2022 pdf

Jadual penuh dan Keputusan perlawanan siaran langsung Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Isnin, 21 November 2022
Qatar vs Ecuardor - 12.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 2

England vs Iran - 9.00PM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Keputusan : 6 - 2

Selasa, 22 November 2022
Senegal vs Netherlands - 12.00AM di Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 2

USA vs Wales - 3.00AM di Astro FWC 825
Keputusan : 1 - 1

Argentina vs Saudi Arabia - 6.00PM di TV Okey dan Astro FWC 825
Keputusan : 1 - 2

Denmark vs Tunisia - 9.00PM di Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 0

Rabu, 23 November 2022
Mexico vs Poland - 12.00AM di TV2 dan Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 0

France vs Australia - 3.00AM di Astro FWC 825
Keputusan : 4 - 1

Morocco vs Croatia - 6.00PM di Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 0

Germany vs Japan - 9.00PM di Astro FWC 825
Keputusan : 1 - 2

Khamis, 24 November 2022
Spain vs Costa - 12.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Keputusan : 7 - 0

Belgium vs Canada - 3.00AM di Astro FWC 825
Keputusan : 1 - 0

Switzerland vs Cameroon - 6.00PM di Astro FWC 825
Keputusan : 1 - 0

Uruguay vs Korea Republic - 9.00PM di Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 0

Jumaat, 25 November 2022
Portugal vs Ghana - 12.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Keputusan : 3 - 2

Brazil vs Serbia - 3.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Keputusan : 2 - 0

Wales vs IR Iran - 6.00PM di Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 2

Qatar vs Senegal - 9.00PM di Astro FWC 825
Keputusan : 1 - 3

Sabtu, 26 November 2022
Netherlands vs Ecuador - 12.00AM di TV2 dan Astro FWC 825
Keputusan : 1 - 1

England vs USA - 3.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Keputusan : 0 - 0

Tunisia vs Australia - 6.00PM di Astro FWC 825
Poland vs Saudi Arabia - 9.00PM di Astro FWC 825

Ahad, 27 November 2022
France vs Denmark - 12.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Argentina vs Mexico - 3.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Japan vs Costa Rica - 6.00PM di TV2 dan Astro FWC 825
Belgium vs Morocco - 9.00PM di Astro FWC 825

Isnin, 28 November 2022
Croatia vs Canada - 12.00AM di TV2 dan Astro FWC 825
Spain vs Germany - 3.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Cameroon vs Serbia - 6.00PM di TV2 dan Astro FWC 825
Korea Republic vs Ghana - 9.00PM di Astro FWC 825

Selasa, 29 November 2022
Brazil vs Switzerland - 12.00AM di Astro FWC 825 
Portugal vs Uruguay - 3.00AM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825
Netherlands vs Qatar - 11.00PM di TV2 dan Astro FWC 825
Ecuador vs Senegal - 11.00PM di TV Okey dan Astro FWC 825

Rabu, 30 November 2022
Wales vs England - 3.00AM di Astro FWC 825
IR Iran vs USA - 3.00AM di Astro FWC 825
Tunisia vs France - 11.00PM di Astro FWC 825
Australia vs Denmark - 11.00PM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825

Khamis, 1 Disember 2022
Poland vs Argentina - 3.00AM di Astro FWC 825 
Saudi Arabia vs Mexico - 3.00AM di Astro FWC 825
Croatia vs Belgium - 11.00PM di Astro FWC 825
Canada vs Morocco - 11.00PM di TV2 & Astro FWC 825

Jumaat, 2 Disember 2022
Japan vs Spain - 3.00AM di Astro FWC 825
Costa Rica vs Germany - 3.00AM di Astro FWC 825
Korea Republic vs Portugal - 11.00PM di Astro FWC 825
Ghana vs Uruguay - 11.00PM di Astro FWC 825

Sabtu, 3 Disember 2022
Cameroon vs Brazil - 3.00AM di TV Okey dan Astro FWC 825
Serbia vs Switzerland - 3.00AM di Astro FWC 825
 Pusingan 16 Terbaik 1  - 11.00PM di Astro FWC 825

Ahad, 4 Disember 2022
Pusingan 16 Terbaik 2  - 3.00AM di Astro FWC 825
Pusingan 16 Terbaik 3 - 11.00PM di Astro FWC 825

Isnin, 5 Disember 2022
Pusingan 16 Terbaik 4 - 3.00AM di Astro FWC 825
Pusingan 16 Terbaik 5 - 11.00PM di Astro FWC 825

Selasa, 6 Disember 2022
Pusingan 16 Terbaik 6 - 3.00AM di Astro FWC 825
Pusingan 16 Terbaik 7 - 11.00PM di Astro FWC 825

Rabu, 7 Disember 2022
Pusingan 16 Terbaik 8 - 3.00AM di Astro FWC 825

Jumaat, 9 Disember 2022
Suku Akhir 1- 11.00PM di Astro FWC 825

Sabtu, 10 Disember 2022
Suku Akhir 2 - 3.00AM di Astro FWC 825
Suku Akhir 3 - 11.00PM di Astro FWC 825

Ahad, 11 Disember 2022
Suku Akhir 4 - 3.00AM di Astro FWC 825

Rabu, 14 Disember 2022
Separuh Akhir 1 - 3.00AM di Astro FWC 825

Khamis, 15 Disember 2022
Separuh Akhir 2 - 3.00AM di Astro FWC 825

Sabtu, 17 Disember 2022
Penentuan Tempat Ke-3 & Ke-4 - 11.00PM di Astro FWC 825

Ahad, 18 Disember 2022
Final - 11.00PM di TV2, TV Okey dan Astro FWC 825

Siaran langsung Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Dua penyiar rasmi siaran lansung Piala Dunia FIFA Qatar 2022, RTM dan Astro. RTM akan menyiarkan 41 sahaja siaran langsung serta siaran tertunda. Astro pula akan menyiarkan 64 perlawanan secara langsung.

Peminat bola sepak boleh menyaksikan perlawananPiala Dunia FIFA Qatar 2022 secara lansung melalui dua saluran rasmi tersebut.

Siaran lansung Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di Astro 
  • saluran khas Astro FWC 1 (825)
  • Astro FWC 2 (826) dalam HD
  • Astro Supersport 805 dalam Ultra-HD (4K)
  • Strim di Astro Go

Siaran lansung Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di RTM
  • Penonton boleh saksikan siaran lansung Piala Dunia 2022 secara percuma di TV2, TV Okey dan Sukan RTM dalam HD dan siaran tertunda.
  • Secara online di rtmklik.rtm.gov.my
Sooka
Jika tiada langganan Astro, boleh juga langgan saluran penstriman Sooka dengan membeli salah satu perlawanan atau langganan bulanan.

Senarai Juara Piala Dunia 1930-2018

Juara Piala Dunia pada kejohanan sebelum ini pada tahun 2018 adalah Perancis. Negara yang paling banyak kali menjulang Piala Dunia adalah Brazil (5 kali), Jerman (4 kali) dan Itali (4 kali).

  • 1930: Uruguay
  • 1934: Itali
  • 1938: Itali
  • 1950: Uruguay
  • 1954: Jerman Barat
  • 1958: Brazil
  • 1962: Brazil
  • 1966: England
  • 1970: Brazil
  • 1974: Jerman Barat
  • 1978: Argentina
  • 1982: Itali
  • 1986: Argentina
  • 1990: Jerman Barat
  • 1994: Brazil
  • 1998: Perancis
  • 2002: Brazil
  • 2006: Itali
  • 2010: Sepanyol
  • 2014: Jerman
  • 2018: Perancis
tidur bola, makan bola, minum bola

8 comments:

  1. Wah sayapun baru posting hal yang sama. Seide nian :)

    ReplyDelete
  2. Ecuador menang tu dah dijangka. Best tengok opening dia. Siap selitkan ayat Quran lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada rezeki tuan rumah. Pembukaan yang menarik. Pertama kali versi Islamic.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.