Header Ads

BTS x Snickers Label Never Mind


Semasa pulang ke kampung minggu lepas, perut meminta minta supaya di isi. Laparlah tu bila hujan. Nak singgah beli malas pula hujan-hujan. Tak boleh jadi ni, perut dah sebu masuk angin. Encik suami singgah 7E nak membeli roti.

Saya kirim beli chocolate snickers. Ada tenaga sikit makan chocolate kan. Masuk kereta, encik suami bagi BTS x Snickers Label Never Mind. Teringat haritu blogger KakSha beli Snickers BTS ada label kata kata motivasi yang berbeza-beza pada setiap pek.

Sejak bila BTS dan Snickers Malaysia berkolaborasi pun tak tahu lah. Rasanya macam dah lama sejak Oktober atau September entah. BTS Army mesti sibuk mengumpul label setiap pek kan. Edisi terhad ni dah tentulah terlajak laris dan trending.

BTS jarang tak trending. BTS x Snickers didatangkan dalam pek warna ungu. Chocolate Snickers yang kaya dengan kacang. Dulu masa gigi muda lagi, syoklah makan jenis chocolate ada kacang banyak.

Sekarang ni gigi dah tua banyak ragam, bila nak makan chocolate yang berkacang rasa bencinta pula. Tambah pula macam manis sikit.

BTS x Snickers Label Never Mind

Rasa sekali cukuplah. Pek BTS x Snickers Label Never Mind ni saya buang terus. Tak kuasa nak simpan. Bukan BTS Army. Minat tu minat tapi nak simpan tu memang taklah. Rajin saya cukup setakat makan je. Nak simpan pek dia tak rajin. Hihi...

BTS x Snickers where to buy? 
Boleh beli di 7E

BTS Snickers chocolate price
Lebih kurang RM3 lebih

16 comments:

  1. Kita lagi laaa BTS tu siapa? ๐Ÿ˜ Mmg bkn fan laaa hahaha.. Kita tau kdrama je sudah!! Hahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bangtan Boy yang popular seantero dunia tu KakRet. hehehe...K-Pop, K-Drama kita layannn..

      Delete
  2. Jangan ada yang kutip pula sudahlah hahahaha

    ReplyDelete
  3. Sedap.. Tapi tu lah manis sikit.. Hehehe.. Kak Shapun buang je plastik dia tu.. Abadikan dalam gambar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah manis sikit. Hihi..tulah tu, kita abadikan dalam gambar je sudahlah.

      Delete
  4. haha sama, eina lepas makan pun buang, xde nak simpan tp bts army mmg akan simpan, sayang katanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..tak kuasa nak simpan. Kalau ada yang simpan, jual ataupun beli betul betul army BTS tu.

      Delete
  5. pembalutnya aje kan yg lain fiza?dalam still rasa snickers yang biasa tu
    Pia duk minta saya beli saya ckp sama je dgn yg pembalut hitam tapi tak beli2 pun lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah..pembalut lain. Dalamnya juga lain, lebih banyak kacang seperti pada label ada gambar kacang. Pek dia tu yang jadi tarikan orang nak membeli :)

      Delete
  6. kalau limited macam mcD dulu bolehlah jual balik. ni macam takde orang heran je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kot ada yang gigih cuci bersih dan frame kan juga. hehe...

      Delete
  7. aritu bli juga ..mmg tktau la ada BTS tu sbb ingt ada perisa baru yg packaging pepel...lpstu ank akak ckp tu BTS , br la prasan ada logo BTS...akak rasa mcm sama je rasa...manis ek...hehe...tp mmg akak fav coklat snickers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..logonya comel sangat tepi tu. Kalau tak belek memang tak perasan. Lidah saya rasa manis pulak. hihi..sensitif sikit bab manis ni. Mungkin pada orang lain biasa je kot.

      Delete
  8. sy ada bli jg. igt kn dlm tu coklat kaler purple๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sekali bukan daa..tetap warna coklat biasa tu. Cuma lebih kacang je

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.