Pusat Ikan Hiasan Port Dickson, masuk PERCUMA je!

Tujuan ke Port Dickson bukanlah semata-mata JJCM di Medan Ikan Bakar je. Tapi dalam masa yang sama kononnya nak 'healing' sekejap tepi pantai. Kononnya lah! Bawa siap-siap kerusi healing tu. Kami bercadang nak lepak tepi pantai di Tanjung Gemok yang belum pernah kami jejak lagi.

Semasa perjalanan, kami nampak port Kopilah Kopi tepian pantai ada karnival apa entah. Parkir sampai tepi jalan utama pun penuh. Pantai Cahaya dan Pulau Burung tak kurang hebatnya ramai manusia bepiknik tepi pantai. Di teluk Kemang jangan cakaplah dengan khemah merata. Hari cuti kan, begitulah...

Nak lepak di Waterfront PD macam panas. Nampak signboard Pusat Ikan Hiasan. Ehhh..jomlah kita pergi Pusat Ikan Hiasan Port Dickson alang-alang tak tahu nak pergi mana. Pernah baca pusat ikan hiasan port dickson entrance fee PERCUMA je!

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ye, memang bayaran masuk Pusat Ikan Hiasan Port Dickson percuma. Tapi kena mendaftar di kaunter pendaftaran. Kalau pergi ramai-ramai, tulis nama seorang je. 

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ramai juga yang berkunjung ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni. Masing-masing ambil peluang datang dengan keluarga. Masuk percuma memang rugi lah kalau tak datang. Kalau bercuti ke Port Dickson, silalah masukkan Pusat Ikan Hiasan dalam senarai places to visit in Port Dickson.

Sebelum sampai ke pintu masuk, boleh bergambar di mural Pusat Ikan Hiasan Port Dickson ni. 

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Pintu masuk Pusat Ikan Hiasan. Cuaca panas betul ye di luar ni. Masa sampai, hujan panas rintik-rintik. Payung tak dibenarkan masuk, kena tinggalkan di luar. 

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Masuk-masuk je mereka akan minta ambil gambar. Hujung-hujung nanti sebelum keluar boleh beli. Tapi kami tak ambil gambar pun. Kebetulan ada sekeluarga depan kami, dapatlah kami mengelat ke tepi dan terus masuk. kita bergambar sendiri-sendiri je.

Ruang utama 

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Di ruang utama Pusat Ikan hiasan ni banyak juga jenis-jenis ikan yang ada. Aquarium yang menarik tengah-tengah ni banyak ikan berwarna hitam dan saiz comel-comel.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Tapak Sulaiman ada berbagai jenis saiz dan rupa parasnya. Semua melekap je pada cermin.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Beberapa jenis ikan yang dapat ditangkap tepat. Ada yang aktif, memang susah nak betul-betul tangkap rupa parasnya. Struggle juga nak ambil gambar benda bergerak tak reti duduk diam.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ikan yang comel, eh sombongnya awak!

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ikan ni nampak macam baldu, geram rasa nak pegang je.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ruang kedua
pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ruang kedua berbentuk bulatan, luarannya seperti dalam gambar dibawah.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ikan kerapu yang saiznya besar ya amat! Ada bermacam jenis dan rupa paras ikan kerapu.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Nampak macam batu tapi bukan. Ikan rupanya!

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ruang ketiga
pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Ruang ketiga ni nampak dramatik sikit dengan lampu merah. Lorong ni ada pintu masuk yang lain. Hujung sekali bilik pameran batu karang, bahan kajian dan yang lain saya lupa! Hehe...

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Clownfish tapi lebih dikenali sebagai ikan nemo gara-gara movie finding nemo yang pernah popular satu masa dulu. Terus melekat nama gelaran ni. Comel!

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Kuda laut, cuma ada beberapa je dalam satu Aquarium. Kecil comel je dia.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Perasan tak ikan ni macam kartun Adu Du BoBoiBoy. Adu Du versi ikan.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Sejenis siput yang sangat besar dan unik. Ini kalau boleh makan, boleh buat satu hidangan untuk 10 orang makan ni. 

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Spesis ikan pari yang comel. Eh eh mata dia tengok orang macam nak makan!

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Spesis macam belut. Muka ganas bukan main lagi. 

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Sejenis ketam...ketam gemuk! Ishhh tak baik body shaming tau! Ketam ni comel kan, sampai kaki pun tak berapa nak nampak tu.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Terpana kejap dengan karang neon yang cantik ni. Tambah lagi tengok dia bergerak gerak ikut alunan air, cantik!

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Hujung bilik pameran ada penyu agar yang diawet.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Dah habis dan puas hati, terus kita keluar tengok tempat penyu pula. Banyak juga penyu yang ada. 

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Penyu yang bersih dan berenang dengan riangnya dalam kolam ni.

pusat ikan hiasan port dickson tiket percuma

Sekian cerita Jalan Jalan di Pusat Ikan Hiasan. Tempat yang sangat menarik untuk bawa anak-anak datang tengok pelbagai spesis hidupan laut. Berbaloi datang singgah walaupun sekejap.


12 comments:

  1. menariknya fiza...tak pernah tau pun tempat ni,lain kali dtg PD mesti sampai ke sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat menarik walaupun tak besar mana tempatnya tapi banyak jenis hidupan laut yang boleh kita tengok. Lain kali datang kena singgah sini :)

      Delete
  2. ikan adu du tu hahaha.. betul la tu. siput giant tu tgk lama2 geli pulak.. tgk perut kuda laut tu berisi mcm ada anak dlm kantung dia tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan ikan tu. Mujur dapat snap dari depan, tak reti duduk diam juga tu. Siput tu memang geli tengok. Tak pasti pula kuda laut tu bunting ke apa Nina.

      Delete
  3. boleh la masuk dlm list bawa anak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datang PD wajib singgah Pusat Ikan ni Nina. Letak dalam list siap siap, jangan lupa :)

      Delete
  4. Wah menarik!! Dh mcm mini aquaria... tmpt baru ke ni? Knp dlu x penah pulak masuk dlm list tempat must visit di PD ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira bolehlah tu mini aqua. Menarik juga banyak ikan. Tempat lama rasanya KakMim. Saya pun baru jejak padahal dah lama wujud tempat ni. hehe..boleh masuk list siap²

      Delete
  5. memcm jejis memacam benda hidupan airπŸ‘πŸ‘πŸ‘kalau serabut elok ke sini dpt tenangkan fikiran tgk ikan2 berenang. tak silap sy M3 penah buat liputan kat sini tp pasal penyu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Bagus jugak tu untuk promote tempat menarik ni.

      Delete
  6. Kenapa akak x pernah tau erk ada pusat ikan hiasan kat sini...kena masuk dalam wishlist ni...menarik...geram tengok ikan kerapu tu...masak 3 rasa sure best tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kurang hype kot tempat ni. Itu yang ramai tak tahu. Padahal tempat ni menarik, masuk percuma pulak tu. Nanti bolehlah pergi kak. Ikan kerapu tu besar gila kak..Sekali masak untuk keluarga besar pun cukup tu seekor.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.