Header Ads

Dapat Juga Membeli Kerusi Healing Di Decathlon


Lama sudah menyimpan hasrat nak membeli kerusi healing. Kerusi healing tu apa? Kerusi healing ni nama dia kerusi camping, kerusi travel atau kerusi memancing. Sejenis kerusi lipat macam tu yang mudah dibawa kemana-mana saja.

Tapi sejak masuk aplikasi TikTok, kerusi dah jadi "kerusi healing". Dari mana datangnya kerusi healing tu mungkin sebabnya kalau buat video di TikTok mesti guna kerusi macam ni dah berlatang belakangkan pantai atau tempat tempat healing yang membuatkan rasa tenang. 

Konon acah-acah tenang bila broken duduk di kerusi sambil menikmati permandangan indah depan mata. Kemudian video tersebut dimainkan dengan muzik lagu "Lirik Lagu Tentang Siang, Malam dan Romantis" dengan bait lirik " Tenang, ribut jiwa... 

Begitulah ceritanya kerusi healing.

Selepas makan-makan di Dookki IOI City Mall Putrajaya, kami pergi ke Decathlon Cyberjaya @Dpulze Shopping Centre nak mencari kerusi healing yang di idamkan. 

Mulanya nak membeli di Shopee je banyak pilihan dan murah-murah tapi itulah, nak kena cuba juga tahap kekukuhan kerusi ni macamana kan. Lebih baiklah beli di Decathlon je. Boleh cuba duduk sekali dan belek belek.

Dah berkenan, terus je beli yang biasa tu. dengan ada tempat tangan dan tempat letak air. Boleh tampung berat sehingga 110kg.

kerusi healing tiktok

Kerusi lipat ni memang kukuh, agak ringan juga dan senang nak simpan atau letak dalam kereta. Didatangkan sekali dengan tali untuk mudah di bawa dan ikat. 

Untuk merasmikan kerusi healing kita, marilah kita healing di Tasik Putrajaya berdekatan dengan Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atau dikenali dengan nama Masjid Besi di Presint 3, Putrajaya sambil menghirup angin malam.

kerusi healing tiktok
tali berwarna coklat tu adalah tali untuk mengikat selepas lipat dan mudah dibawa

Lepak saja-saja menyembang dan "healing" sekejap. Indahnya permandangan tepi Tasik Putrajaya ni. Patutlah ramai suka lepak tepi tasik ni. 

gambar masjid tuanku mizan zainal abidin putrajaya

Disini juga meriah dengan food truck dan geng busking. Berhadapan dengan dengan Tasik dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ni ada Hotel Dorsett Putrajaya. Sesiapa menginap di situ bolehlah lah healing di sekitar kawasan ini.

Dah ada kerusi healing. Marilah kita cari port healing yang menarik. Sekarang pun banyak tempat port camping merata negeri. Tapi saya tak minat camping, cukup sekadar pacak kerusi, bawa air dan menikmati keindahan panorama depan mata. Itu sudah cukup "healing" bagi saya. 

Port pantai menarik di PD

16 comments:

  1. Baru tahu namanya ๐Ÿคญ
    Indah panorama Masjid Besi dilimpahi cahaya. Cantik gambar Fiza snap.

    ReplyDelete
  2. Wow, enjoyyy! Nak gak beli nanti..tapi tuhla..tak camping gak..huhu..

    ReplyDelete
  3. Masjid Besi ni antara architecture yang ikonik kat Putrajaya. Sejuk je masuk sini.

    ReplyDelete
  4. Oh, br tau namanya skrg kerusi healing ek.. dlu sy panggil kerusi director ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ sbb director film salu guna kerusi mcm ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ya, pengarah pun biasa guna kerusi ni. hehe..tak pasal jadi kerusi healing tiba tiba kan...

      Delete
  5. Hehe romantic di malam hari tengok Tasik dan masjid.
    Tidak sia-sia beli. Boleh guna selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..ambil angin luar kak sesekali. Beli untuk kegunaan akan datang. Boleh cari tempat healing pulak.

      Delete
  6. Namanya kerusi healing kah ๐Ÿ˜„. Saya waktu tuh dah agak nak beli kak, saat ke Decathlon sini. Tapi ragu.. di rumah tak mungkin, di luar pun, ntah kapan nak cari tempat asyik untuk duduk2 macam tuh ๐Ÿ˜…. Jadi sampai skr belum beli2. Tapi bagus jugak memang kerusi nih ๐Ÿ‘. Dilihat ringan tapi kuat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi..gelaran popular di TikTok katanya. Hihi...
      faham faham..kalau tak ada keperluan memang begitulah. Ya, kukuh dan harap tahan lama lah.

      Delete
  7. menariknya kerusi healing. mcm kena ada 1 juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli Syu, boleh lepak mana mana nanti ber'healing' :)

      Delete
  8. baru tau nama kerusi ni ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚ nmpk sgt sy x alert psl perabot2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama gelaran je tu orang dok heboh kat TikTok. Nama sebenarnya kerusi campng, kerusi lipat, kerusi travel dan macam macam lagilah.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.