Header Ads

Telefilem Wanji (TV1)


Tonton Telefilem Wanji di TV1 pada 26 November 2022 pukul 9:00 malam dibintangi pelakon Syed Ali Murtadha, Sayyid Baqir, Yaakob Abd Aziz, Wafariena Roslan, Akmal Ahmad, Azman Hassan, Pablo Amirul dan ramai lagi.

Juga boleh tonton Telefilem Wanji online menerusi portal RTM Klik atau aplikasi RTM Klik. Telefilem Wanji, sebuah telefilem genre thriller dimana lokasi penggambaran di buat di sekitar negeri Perlis.

Menariknya, Telefilem Wanji menampilkan seni dramatari tradisional unik yang terdapat di utara Semenanjung Malaysia iaitu Jikey dan berperanan penting dalam membawa simbol bagi pengembangan karakter dalam jalan cerita.

wanji
Wanji, sebuah telefilem thriller

TELEFILEM WANJI

Waktu Siaran : Sabtu, 26 November 2022, pukul 9:00 malam
Siaran TV : RTM TV1
Penulis skrip : Roydy Rokidy
Pengarah : Danny Alamsyah
Produksi : Unit Drama TV RTM
Genre : Thriller

PELAKON TELEFILEM WANJI

Syed Ali Murtadha sebagai Wanji
Sayyid Baqir sebagai Walid
Yaakob Abd Aziz sebagai Tok Su
Wafariena Roslan sebagai Ereen
Akmal Ahmad sebagai Lando
Azman Hassan sebagai Pak Mail
Pablo Amirul sebagai Kicap
Khai Sabri sebagai Hairi
Puteri Rafasya sebagai Sofea
Shazman Isaac sebagai Atai

SINOPSIS TELEFILEM WANJI

Mengisahkan tentang dua beradik, Wanji (Syed Ali Murtadha) berumur 12 tahun dan adiknya Walid (Sayyid Baqir) berumur 11 yang dibesarkan datuknya, Tok Su (Yaakob Abd Aziz). Mereka kemudiannya berhubungan rapat dengan seorang wanita dianggap kakak bernama Ereen (Wafariena Roslan).

Konflik memuncak apabila Wanji diasuh oleh Lando (Akmal Ahmad) untuk menyukai kerjanya sekaligus membuatkan Walid berang dengan perubahan sikap Wanji.

Walid, Sofea (Puteri Rafasya) dan Atai (Shazman Isaac) kemudiannya cuba untuk melarikan diri namun gagal apabila Walid dan Sofea ditangkap semula oleh orang-orang Lando.

Apakah kesudahan hubungan Wanji dan Walid di sebalik konflik antara keduanya? Saksikan kesudahan Telefilem Wanji di TV1.

4 comments:

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.