Tonton Siaran Lansung Final TM Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC

It's matchday! Malam ini jangan lupa untuk tonton siaran lansung Final TM Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC. Harimau Selatan (JOHOR Southern Tigers) bertemu Gergasi Merah (Red Giants), 2 kelab bola sepak gergasi yang berjaya ke Final TM Piala Malaysia akan berentap merebut gelaran juara dalam kejohanan Final TM Piala Malaysia 2022 malam ini.

siaran langsung live final tm piala malaysia 2022
it's matchday! JDT Vs Selangor FC

Kejohanan Final TM Piala Malaysia 2022 berlangsung pada hari Sabtu, 26 November 2022, pukul 9.00 malam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Bagi yang tidak dapat menyaksikan perlawanan Final TM Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC, juga boleh tonton Final TM Piala Malaysia 2022 JDT Vs Selangor FC secara langsung menerusi saluran Unifi dan RTM selaku penyiar rasmi.

SIARAN LANSUNG FINAL TM PIALA MALAYSIA 2022

Tempat : Stadium Nasional Bukit Jalil
Waktu siaran : Sabtu, pukul 9:00 malam
Siaran TV : Sukan RTM, Unifi Sports 1 atau TV Okey
Siaran lansung online : rtmklik.rtm.gov.my, Channel Youtube Unifi atau aplikasi play@unifi

Kedua-dua kelab bola sepak ini berjaya menumbangkan pasukan lawan di peringkat Separuh Akhir dengan aggregat 4-1 dan 3-2.

JDT menumpaskan Sabah 1-0 untuk perlawanan pertama dan 3-1 untuk perlawanan kedua. Selangor pula mengalahkan Terengganu 3-1 untuk perlawanan pertama dan tewas 0-1 untuk perlawanan timbal balik kedua. 

Sebagai bangsa Johor, dah tentu saya sokong Harimau Selatan Untunglah bangsa Johor, cuti sampai Isnin sempena kelab JDT masuk final TM Piala Malaysia 2022. Dahlah Ahad PM bagi cuti, bersambung sampai Isnin. 

Tak dapat tengok di Stadium, dapat tengok siarang lansung Final TM Piala Malaysia 2022 di TV atau live online pun jadilah. Malam ini kita punya. Ayuh JDT! Luaskan kuasamu JOHOR.

Tahniah JDT! Juara TM Piala Malaysia 2022 dengan jaringan 2 gol. Pada separuh masa pertama, permainan JDT agak perlahan juga. Separuh masa pertama Selangor FC membuka jaringan gol penalti yang diambil oleh Caion pada minit ke-43 setelah Htet Aung dikasari oleh Matthew Davies dalam kawasan penalti JDT.

Bergson Da Silva kemudian menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-45 yang menanduk masuk bola hasil daripada sepakan sudut Arif Aiman. 

Separuh masa pertama tamat dengan kedudukan 1-1. Separuh masa kedua pula, JDT tampil lebih bertenaga dimana Fernando Forestieri dapat menjaringkan gol kedua JDT dengan melakukan rembatan dari luar kawasan penalti Selangor FC.

Keputusan masa penuh Final TM Piala Malaysia 2022

JDT(2) vs (1)Selangor FC

Penjaring Gol terbanyak

Bérgson Gustavo Silveira da Silva

Man of the match

Fernando Forestieri

8 comments:

  1. Good luck untuk Fans yang menonton.. Harapnya jangan gaduh-gaduh ye.. Menang kalah adat pertandingan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap tak ada isu bergaduh macam baru baru ni. Semoga fans semua behave lah. Betul tu Kak Sha, menang kalah adat pertandingan.

      Delete
  2. tahniahnyer dpt cuti., hehehe wak tgk status fb je jdt menang mlm tadi., ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untunglah bangsa Johor kat Johor dapat cuti. Bangsa Johor dok luar Johor mampu tengok je lah. hihi...
      Pun boleh wak tengok result je. Bangsa final ni. hehe...

      Delete
  3. x nk ucap tahniah johor. tp nk ucap tahniah org Segamat boleh x?😁

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.