Header Ads

Nasi Kukus Tonggek Dengan Pembungkus Baru Yang Lebih Comel


Pertama kali mencuba nasi kukus tonggek, terus suka dengan nasi kukus tonggek. Pantang pergi Mydin atau AEON, mesti akan membeli nasi kukus tonggek. Ini kali kedua saya beli nasi kukus tonggek denga pembungkus baru. Sebelum ni bekas empat segi tepat macam pembungkus plastik tu.

Selain berbeza bentuk, saya baru perasan ada tambahan perkataan 'club' dihujungnya jadi Nasi kukus tonggek club lah pulak. Dah kenapa?

Pembukus baru yang masih mengekalkan warna kuning, Saiz bekas tinggi dan comel je. 

nasi kukus tonggek aeon

Pada bahagian atas ada doodle art. Menarik sangat kan!

nasi kukus tonggek aeon

Porsi ayam yang agak mengecil. Ayam zaman sekarang beginilah. Porsi nasi besar boleh kongsi berdua. Didatangkan dengan kuah gulai, sambal dan juga hirisan timun.

Kuah gulai yang sedap pekat memikat selera. Sambal tu pedas dia so so je lah. Tak pedas sangat tapi ada rasa pedas tu ada.

nasi kukus tonggek aeon

Kalau nak cuba nasi kukus tonggek ni, biasanya cawangan dia ada di AEON dan Mydin. Harga nasi kukus tonggek RM12 lebih macam tu. Kalau di foodpanda, RM13 lebih.


18 comments:

  1. Bungkusan dia comel dan smart.. Nama dia tuh.. Hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..cute dan pratikal juga lah. Nama dia je macam tak boleh nak go sangat..hihi...

      Delete
  2. Menarik. Mesra alam guna kertas. Semoga jadi ikutan lepas ni.

    ReplyDelete
  3. Sebut tonggek teringat suatu ketika dahulu viral kisah mee tonggek dengan sotong.
    Cantik pembungkus nasi kukus tonggek tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya macam tak tahu kisah viral tu. hihi..
      Ye, menarik pembungkus ni kan.

      Delete
  4. Agghhhhh terliur langsung ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿคค. Kliatan sedaaaap kak. Saya harus coba rasanya kalo nanti ke Aeon KL. Tapi namanya unik Yaa. Apa arti tonggek di Malaysia? Krn di sini artinya big butt ๐Ÿ˜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, ni memang sedap. Kalau ke AEON atau Mydin boleh cari dan cuba. Nama memang unik. Tonggek sama maksud dengan menonggeng, seperti menunjukkan punggung macam tu.

      Delete
  5. Replies
    1. Kuning nampak lebih menyerlah..kuning memang tema dorang.

      Delete
  6. Pernah makan tapi guna pembungkusan lama.
    Menarik warna kertas bungkus. Banyak modal untuk pemasaran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah satu cara dorang marketing nampak exclusive sikit gitu.

      Delete
  7. tak jumpa lg nasi ni di penang.. AEON dan Mydin pun tak ada. ayam makin mengecil tu biasalah fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh tak ada ye. Belum sampai sana lagi agaknya. Itulah tu, sabar je lah kalau dapat ayam kecil.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.