Header Ads

Filem Daddyku Gangster Di Pawagam 1 Disember 2022


Filem Daddyku Gangster, sebuah filem aksi komedi mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 1 Disember 2022. Filem Daddyku Gengster menampilkan pelakon - pelakon hebat Zul Huzaimy, Faizal husein, Adeline Tsen, Jay Iswazir, Ridzuan Hashim, Reen Rahim dan ramai lagi.

daddyku gangster
Filem Daddyku Gangster mula ditayangkan di pawagam pada 1 Disember 2022

FILEM DADDYKU GANGSTER

Tarikh tayangan : 1 Disember 2022
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Produksi : D’Ayu Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Aksi Komedi

PELAKON FILEM DADDYKU GANGSTER

Zul Huzaimy sebagai Ray
Faizal Hussein sebagai Karim
Adeline Tsen sebagai Lisa
Jay Iswazir sebagai Pablo
Ridzuan Hashim sebagai Zaki
Reen Rahim sebagai Zack
Zalif Sidek sebagai Bob
Wan Wala sebagai Wan Sado
Azri Iskandar sebagai Remy
Vanidah Imran sebagai Leha
Anggelica Petra sebagai Arisha
Arryan Petra sebagai Aidil

SINOPSIS FILEM DADDYKU GANGSTER

Ray (Zul Huzaimy) adalah seorang ketua kumpulan yang suka mencuri kereta kereta mewah yang diseludup ke Malaysia bersama rakan kumpulannya yang memiliki kepakaran masing masing.

Selain itu, Ray juga turut melibatkan diri dalam underground fight di gelanggang haram milik Pablo (Jay Iswazir). Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri. 

Pada malam hari lahir Ray, Remy (Azri Iskandar) abang kepada Ray datang bersama keluarga menyambutnya walaupun layanan Ray dingin terhadap keluarga Remy terutama kedua-dua anak saudaranya, Arisha (Anggelica Petra) dan Aidil (Arryan Petra).

Namun malang tidak berbau, Remy dan isterinya meninggal dunia setelah terlibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari rumah Ray.

Seorang peguam bernama Lisa (Adeline Tsen) yang bertanggungjawab telah menyerahkan hak penjagaan sementara Arisha dan Aidil kepada Ray berdasarkan wasiat daripada Remy. Ray menjadi kurang senang dengan memikirkan hal yang bakal dilalui apabila terpaksa menjaga kedua-dua anak saudaranya itu.

Oleh kerana  Ray terpikat setelah memandang Lisa pertama kalinya, Ray lansung menerima pelawaan tersebut.

No comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.