Header Ads

Iridescent Green Cold Cup Tumbler Starbucks


Menarik pula tengok tumbler bling bling Starbucks. Nak beli Sangria Bling Cold Cup tu tapi tak ada stok. Alang-alang encik suami dah sampai Starbucks nak redeem FREE Starbucks Grande sized, kita pun pilih je lah mana yang ada dalam gambar encik suami kirimkan.

Tumbler Iridescent Green Cold Cup Starbucks

Maka, dapatlah Iridescent Green Cold Cup Starbucks. Walaupun ada warna hijau seperti namanya. Saya juga bukanlah peminat warna hijau. Tapi bila ada warna pink sikit sikit tu terus terpadam kebencian pada warna hijau. Tak boleh benci sangat, nanti tersuka. Kannn...Ke terpaksa suka?

Iridescent Green Cold Cup (24oz) edisi terhad (limited edition) versi holiday season!

Iridescent Green Cold Cup Starbucks

- Pearlized bling textured double wall cold cup with straw
- Big cold cup capacity for hydration needs and easy to wash
- Intended for cold beverages only
- Materials: SAN (Styrene Acrylonitrile) body and Polypropylene (PP) straw

Tumbler Iridescent Green Cold Cup Starbucks

Berlaku kesilapan masa encik suami redeem air, minta iced caramel macchiato tapi dapat hot caramel macchiato. Sejenis tak banyak bunyi, ambil je dan berlalu pergi. Kadang minta low fat, dibaginya full cream. Haishh..sabar je lah. Nasib baik sedap.

Tumbler Iridescent Green Cold Cup Starbucks

Beli jugak plastic beg transparent ni. Promo RM8 dengan pembelian lain tak silap. Barista promote lalu terbeli. Ehh.... Haritu 2 kali drive thru nak beli cooler beg, memanjang sold out. 

Tumbler Iridescent Green Cold Cup Starbucks

Paling berbaloi kalau beli minuman starbucks guna tumbler sendiri. Dapat harga murah sikit dan dapat extra air lebih sikit. Itu yang kita mahukan!

Tumbler Iridescent Green Cold Cup Starbucks

Next, misi merebut organizer pula!

16 comments:

  1. Hari tu pernah terbaca kat FB kawan post katanya tumbler bling2 ni harganya RM400+. Betul ke? Mesti terasa kayangan bila pakai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harga tu harga untuk purple rhinestone stainless steel, lagi bling bling, lagi cantik guna purple rhinestone, pulak tu stainless steel. Tu yang mahal. Yang ni bukan stainless steel :)

      Delete
    2. oo.. tapi mmg cantik tumbler tu. Suka pulak tengok :)

      Delete
    3. Yang ni dah cantik, yang berbatu mahal tu lagilah cantik. hehehe...

      Delete
  2. mcm warna retro pulaπŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Warna kusam kusam gitu tapi jadi menarik dengan kesan bling blingnya tu kan

      Delete
  3. bagus juga pakai tumbler sendiri. mesra alam gitu. warna hijau dan starbucks tak boleh dipisahkan, so redha jelah. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah. Ada jugak diskaunnya. Mesra alam pun ye. Hehe..tak boleh lari dari warna hijau..kita terima je lah :)

      Delete
  4. Tumbler tu cantik..dah agak Fiza mesti amik kaler pink

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.