Header Ads

Telefilem Dosa Perempuan (TV9)


Tonton Telefilem Dosa Perempuan lakonan Nad Zainal, Mira Filzah dan Redza Rosli bersiaran pada hari Jumaat, 25 November 2022 pukul 8:30 malam di Slot Skrin di 9 TV9. Juga boleh tonton Telefilem Dosa Perempuan online menerusi portal tonton.

tonton telefilem dosa perempuan full movie online tv9
Dosa Perempuan lakonan Mira Filzah Nad Zainald dan Redza Rosli

TELEFILEM DOSA PEREMPUAN

Waktu siaran : Jumaat, 25 November 2022, pukul 8:30 malam
Siaran TV : Slot Skrin di 9 TV9
Pengarah : Murali Abdullah
Produksi : Zeel Production Sdn. Bhd.

PELAKON TELEFILEM DOSA PEREMPUAN

Nad Zainal sebagai Suraya
Mira Filzah sebagai Tasha
Redza Rosli sebagai Nik Haikal
Aidit Noh sebagai Daud
PU Riz sebagai Osman
Duerra Mitilda sebagai Aimi
Hairi Safwan sebagai Azali
Fizi Amer sebagai Pablo

SINOPSIS TELEFILEM DOSA PEREMPUAN

Nik Haikal (Redza Rosli) baru sahaja menyelesaikan sebuah kes pembunuhan yang dilakukan oleh seorang lelaki bernama Daud (Aidit Noh). Daud dituduh bersalah membunuh dengan niat. 

Sekiranya Daud didapati bersalah, dia akan menerima hukuman gantung sampai mati. Kes pembunuhan Daud terhadap rakannya sendiri, Azali (Hairi Safwan) menerima kutukan daripada masyarakat. 

Suatu hari Nik terpaksa meninggalkan rumah untuk beberapa minggu atas urusan pekerjaan. Suraya (Nad Zainal) dan anak mereka, Aimi (Duerra Mitilda) menjalani kehidupan seperti biasa sehinggalah Suraya berkenalan dengan Tasha (Mira Filzah) secara kebetulan semasa Suraya menunggu anaknya di sekolah.

Nik Haikal mula rasa tidak sedap hati memikirkan keselamatan keluarganya. Aimi memberitahu yang dia tidak sukakan Tasha kerana Tasha agak pelik. Pada masa yang sama, Daud masih lagi mendiamkan diri dan tidak mahu membantu siasatan polis.

Baginya, sekiranya pihak polis mahu jawapan sebenar, Daud boleh meminta pihak polis untuk membawa kekasihnya sebagai saksi. Pihak polis mula membuat pencarian tentang kekasih Daud.

Siapakah pembunuh Azali yang sebenar? Tonton Telefilem Dosa Perempuan di TV9.

4 comments:

  1. Ada Nad Zainal.
    Teringat Nad masuk ICU. Moga pelakon comel ini cepat sembuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      semakin positif keadaannya sekarang katanya. Alhamdulillah...

      Delete
  2. Lain macam jalan cerita dia.. Apa agaknya kaitan Tasha dengan kes yang dikendalikan oleh Nik tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka dah rancang...Kena tengok KakSha. Cuba cari kot ada online :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.