Header Ads

Maksud Dan Kelebihan La yukallifullahu nafsan illa wus’aha


Setiap manusia yang lahir dibumi ini tidak akan pernah terlepas daripa masalah. Semuanya akan merasai fasa kehidupan yang diuji dengan perlbagai dugaan hidup.

Setiap masalah yang datang, Allah menguji kita sejauh mana kesabaran, ikhtiar, empati, perhubungan persaudaraan, perhubungan kita dengan Allah melalui ujian tersebut.

Benar kita rasa buntu, risau, resah gelisah seperti tiada penyelesaiannya tapi yakinlah bahawa apa yang kita lalui pasti kita mampu harungi.

Allah uji tanda Allah sayang supaya kita tak terus hanyut kepada perkara-perkara yang memburukkan lagi keadaan. Mungkin Allah mahu kita sedar sebelum terlambat.

la yukallifullahu nafsan illa wus'aha al baqarah 286
Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya

Ingatlah bahawa Allah SWT berkata didalam Al-Quran, 

لَا يُكَلِّفُ ٱللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
La yukallifullahu nafsan illa wus’aha

Maksudnya :
Allah tidak akan membebankan seseorang hamba itu melainkan dengan apa yang terdaya olehnya –Surah Al-Baqarah, ayat 286

Bukankah setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Bukan begitu? 

Kunci atau penyelesaian yang lebih bagus dalam menyelesaikan suatu masalah adalah bertanya. Mintalah jawapan kepada Allah yang memberi kerana Allah maha berkuasa. Seterusnya kita perlu sentiasa beryukur, bersabar, berikhtiar dan bertawakal.

Seterusnya kita usahalah dengan sebaiknya, sentiasa bersyukur, banyakkan berdoa, teruskan bersabar dan bertawakal kerana sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.

إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ

Innallaha ma’assobirin 
Surah Al-Baqarah, ayat 153

Kelebihan kalimah La yukallifullahu nafsan illa wus’aha memiliki makna bahawa Allah memberikan kemurahan kepada manusia hanya untuk memikul beban yang ringan serta membuatkan kita lebih bersifat sabar.

Orang yang sabar adalah orang yang ketika masalah datang kepada dia, dia tidak mengeluh, tidak cepat marah, tidak mudah putus asa dan tidak cepat patah hati.

Sikap sabar adalah sikap yang sangat disukai oleh Allah SWT. Orang yang bersabar akan mendapatkan manfaat dari sikap baiknya tersebut jika dibandingkan dengan orang yang tidak sabar yang akan menyesal di kemudian hari.

Orang beriman adalah orang yang selalu bersabar apabila ditimpan masalah dan dugaan. Mereka sangat tenang dan tidak mudah berputus asa untuk menyelesaikannya.

Nak marah? Tapi kena sabarrrr....
Putus asa? Ingatlah Allah sentiasa ada bersama kita.

6 comments:

  1. Thanks fiza share 👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  2. Baru sahaja baca. Memang rasa tidak beraya sangat, lemah tidak mampu tanggung masalah kadang-kadang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Semoga Allah ringankan segala beban yang kita tanggung. InshaAllah..Aamiin...

      Delete
  3. good sharing..selalu percaya & redha dgn setiap ketentuan Allah...
    tq dear

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama kak.
      Mudah mudahan hidup kita lebih. InshaAllah...

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.