Bab 11 : November 2022

Azhafizah MN
By -
22
Mari kita melangkah ke bab seterusnya, bulan November 2022. Adakah November rain akan berlaku. Sekarang cuaca tak menentu. Kejap hujan kejap panas kejap mendung. Begitulah juga kehidupan kita. adakalanya gembira, adakalanya duka.

Yang menjadikan kehidupan kita indah adalah dengan bersyukur.

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِى لَشَدِيدٌۭ
Wa iz ta azzana Rabbukum la’in shakartum la azeedannakum wa la’in kafartum inna ‘azaabee lashadeed

And [remember] when your Lord proclaimed, ‘If you are grateful, I will surely increase you [in favor]; but if you deny, indeed, My punishment is severe.’- Surah Ibrahim | Ayat 7

Semoga yang baik baik di bulan November ni. Setiap sabtu dalam bulan November ni bakal ada aktiviti penting. 5 November, anak buah nikah. Bertambah lagi anak buah menantu. 12 November, ada mesyuarat penting. 19 November marilah mari kita mengundi. 

Fuhh...penuh jadual hari Sabtu! 

november 2022

Page 304/365
Chapter 11
You’re an orchid among weeds
Be yourself and eembracee your uniqueness
Today you are you that is truer than true
No one is you that is ‘youer’ than you

Bulan November 2022 tak ada cuti umum melainkan cuti negeri sempena Hari Keputeraan Sultan Perak dan Kelantan. Selain tu, 8 November akan berlaku gerhana bulan penuh.

Bulan November, baru rancak sikit dunia blog saya. Mood tu dah kembali ke pangkal jalan dah. Kalau tidak, nak jengah blog kawan-kawan pun susah. Bagai ada halangan sebesar gunung. 

Terima kasih yang sudi singgah, tinggalkan komen dan bertanya khabar. 

Cuti Bulan November 2022/ November 2022 holidays

4 November 2022 (Jumaat)  – Hari Keputeraan Sultan Perak (Cuti : Perak)
11 November 2022  (Jumaat)  –  Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Cuti : Kelantan)
12 November 2022 (Sabtu) – Hari Keputeraan Sultan Kelantan Hari Kedua (Cuti : Kelantan)
13 November 2022 (Ahad) – Cuti Hari Keputeraan Sultan Kelantan (Cuti : Kelantan)

Sambutan dan Tarikh penting November 2022

5 November 2022 – Penamaan calon
8 November 2022 – Gerhana Bulan Penuh (November 2022 Lunar Eclipse : Blood Moon/Full moon November 2022)
11 November 2022 – Sambutan Hari Veteran (Veterans Day)
12 November 2022 – Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia (World Pneumonia Day)
14 November 2022 – Sambutan Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day)
15 November 2022 – Pengundian awal
17 November – Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia (World Prematurity Day)
19 November 2022 – Hari Mengundi PRU15 (November 2022 Election)
19 November – Sambutan Hari Lelaki Sedunia (International Men's Day)
19 November – Sambutan Hari Tandas Sedunia (World Toilet Day)
20 November – Sambutan Hari Kanak-Kanak Universal (Universal Children's Day)
21 November – Sambutan Hari Televisyen Sedunia (World Television Day)
25 November – Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa (International Day for the Elimination of Violence against Women)
30 November – Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (Self-injury Awareness Day)
Sabtu pertama November – Sambutan Hari Kanak-Kanak (Children's Day)
Khamis ketiga November – Sambutan Hari Falsafah Sedunia (World Philosophy Day)

Post a Comment

22Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

  1. Pejam celik pejam celik dah masuk November dahhh, kejap betul masa berlalu! Yang pasti, bulan November tak ada public holiday :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahu tahu nanti dah tahun baru kan Atiqah. Tahu takpe! Bertabahlah tak ada cuti umum.

      Delete
  2. wahhh..mcm2 sambutan nove ni yer
    8 nov gerhana..on my bday tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul. Macam macam sambutan bulan November ni. Oh ye? Kebetulan sama pulak tarikhnya tu :)

      Delete
  3. rs mcm x ready je lg nak hadap bulan 11 ni.
    ohhhh PRUUUUUU🇲🇾

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampaknya Anies akan sibuk memanjang bulan ni. Bertugas kat mana PRU15 ni Anies?

      Delete
  4. Replies
    1. Hehe..selak jangan tak selak. Tapi itulah cuti umum nan hado.

      Delete
  5. Banyak sambutan hari penting dalam November ni yer. Dah tak lama dah nak masuk tahun baru pulak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, banyak sambutan bulan November ni. Sebulan lebih je lagi nak masuk tahun baru. Cepat masa berlari.

      Delete
  6. Sekejap je dah November.. Lagi 2 bulan sebelum tahun 2022 berakhir..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masa berlalu. Tak lama lagi nak tahun baru dah kan KakSha.

      Delete
  7. semoga baik2 semuanya untuk kita dah nak masuk 2023

    ReplyDelete
  8. Kat KL ni pagi 1 hb Nov hujan dah. Cepat masa berlalu. Semoga baik-baik sahaja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin...
      Kalau hujan pagi pagi tu rasa malas betul nak bangun nak siap siapkan semuanya kan. Kalau boleh lepas subuh nak tarik selimut semula. hihi...

      Delete
  9. Long weekend bagi orang Perak, minggu ni. Hehe..

    ReplyDelete
  10. Takda cuti umum, sy amek cuti sendiri je nanti.. hahaa.. setiap bulan kalau leh nak cootiii 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah takde cuti umum Nona. itulah tu, kena ambil cuti sendiri je lah. Hehe..dah semestinya nak cuti :)

      Delete
Post a Comment