Responsive Ad Slot

Slider

KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU dengan Aroma Salai Dan Pedas

spicy smoky crunch kfc review spicy smoky crunch kfc price spicy smoky crunch kfc harga kfc spicy smoky crunch review kfc spicy smoky crunch price
Dah Cuba KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU? Baca dari KFC Spicy Smoky Crunch review, semua cakap sedap! Jadi tak nak ketinggalan keretapi, kita cubalah juga KFC Spicy Smoky Crunch ni. 

Mulanya encik suami nak beli secara pandu lalu je di KFC Bandar Seremban lebih kurang pukul 8 malam macam tu. Sekali KFC Spicy Smoky Crunch tak ada stok katanya. Pergilah encik suami ke cawangan KFC lain, KFC Centerpoint Seremban Shopping Mall.

Di situlah baru ada stok KFC Spicy Smoky Crunch. Terpaksalah parkir dan membeli secara walk in. Beli satu set kombo 2 ketul dengan harga RM17 lebih tak silap. Jadilah buat raso raso. Satu set lagi beli snack plate macam biasa. Encik suami taknak KFC Spicy Smoky Crunch takut tak sedap katanya.

Nak selamat beli lah satu set snack plate. Lepas tu kita buat sistem barter, dapatlah sorang satu seketul ayam KFC Spicy Smoky Crunch dan seketul ayam KFC hot & spicy. Adil dan saksama gitu dapat merasa dua-dua.

Ayam goreng Hot & Spicy signature KFC memang sedap. Dah lupa dah rasa ayam KFC original tu sebab setiap kali beli mesti pilih ayam Hot& Spicy. Ayam KFC memang tiada tandingan lah. Ingat ayam goreng mesti ingat KFC. 

Kini diolah salai dengan inovasi menu terbaharu, KFC Spicy Smoky Crunch! Haruslah kita cuba juga. Sejenis pempedas memang wajib cuba. Pempedas eh? Ada ke istilah pempedas? hehe...
 

KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU

KFC Spicy Smoky Crunch diinspirasikan dari espetadas, iaitu hidangan tradisi Portugis yang terkenal dengan rasa salai yang sempurna. Rasa salai Portugis dengan kehangatan ekstra serta kerangupan yang sedap hingga menjilat jari!

Gabungan herba dan rempah ratus Portugis seperti paprika salai, lada benggala merah, bawang putih, lada hitam, dan serbuk tomato bergabung dengan satu-satunya perasa Hot & Spicy ikonik ini memberikan rasa yang sedap dalam setiap gigitan rangup!

Tudiaa dia punya penerangan. Boleh terbayang kepedasan dan kehangatan rasa pedas tu. Encik suami bawa masuk rumah pun dah terbau aroma rempah. Tak sabar nak makan!

Dalam tak sabar sempat juga digambarkan KFC Spicy Smoky Crunch ni. Kerja seorang blogger, kena ambil gambar barulah ada modal untuk content blog. Bukan begitu?

spicy smoky crunch kfc

Dia punya rupa paras wow sangat. Boleh nampak kepedasan tu. Kan? Tepung bersalut tebal dengan taburan rempah tak nak kalah. Paduuu!

Satu set dengan 2 ketul ayam sama macam set snack plate cuma KFC Spicy Smoky Crunch tak ada roti bun tu je. Biasanya macam tu lah kan. Kalau set baru mesti tak ada roti bun. Kenapa ek? Soalan tak wajib jawab tapi kalau tahu boleh jawabkan.

spicy smoky crunch kfc

Nampak macam pedas tapi bagi seorang pempedas, rasa dia taklah pedas melampau. Pedas masih boleh bawa bincang. Budak budak yang boleh makan pedas rasanya masih tahan dan boleh makan kot.

Aroma salai dan rempah KFC Spicy Smoky Crunch je tak boleh bawa bincang. Aroma bau dia tu menawan selera betullah. KFC Spicy Smoky Crunch sedap sehingga menjilat jari. Slogan KFC tu dah digunakan semula ke tidak?
Kentucky Fried Chicken menggantung secara sementara slogan iklan lamanya "sedap sehingga menjilat jari" atau "it's finger lickin' good" dan menyifatkannya tidak sesuai dalam situasi pandemik Covid-19 sekarang di mana kebersihan peribadi telah menjadi keutamaan untuk menghentikan penularan.
Rasa rempah dan kepedasan tu bukan hanya salutan tepung di luar je. Rasa dia sampai ke dalam isi juga. Walaupun tak sepenuhnya terasa tapi terasa jugalah.

Tercari cari sos cili tapi tak jumpa sos cili yang biasa tu. Yang ada sos cili ni, adakah KFC dah tukar pek sos baru atau hanya didatangkan bersama KFC Spicy Smoky Crunch sahaja? Almaklumlah dah lama tak makan KFC kan.

spicy smoky crunch kfc

Selain KFC Spicy Smoky Crunch BAHARU, boleh cuba KFC Banana Chocolate Ball pemanis terbaharu KFC. 

KFC Banana Chocolate Ball

Kemanisan inti coklat dengan ketulan pisang sebenar disaluti bebola emas rangup. Sesuai dinikmati selepas hidangan salai dan pedas.

Nanti boleh cuba KFC banana chocolate ball. KFC Spicy Smoky Crunch ni pun tak pasti sampai bila. Nak cuba silakan. KFC Spicy Smoky Crunch viral juga agaknya, itu yang cepat sangat habis.

28
( Hide )
  1. sedap saya pun dah terpengaruh tengok kak Amie dan Dana makan cepat2 order juga,pedas yang boleh diterima kan Pia yang tak suka pedas pun boleh makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedaplah.... cumaaaa...saiz ayamnya tu kecik jew hihihiii.

      Delete
    2. Dah order juga ye. A'ah pedas yang biasa biasa je.

      Delete
    3. Yang saya dapat ni saiz sederhana. Boleh tahan lagi tapi yang lagi satu snack plate tu memang saiz kecil lah. huhu...

      Delete
  2. lama x makan kfc..nampak pedas tu..emmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah, baru ni nak cuba yang baru :) Dia tak pedas berapi sangat.

      Delete
  3. Firdaus kata tak pedas, mungkin sebab dia kuat makan pedas. Pedas sikit-sikit jew kan Fizah, menyengat juga rasa rempah dan rasa salainya. Tapi, memang sedaplah. Kalau boleh, nak selalu makan sampai jemu hihihiiiii....!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Firdaus hebat makan pedas. Tu yang tak terasa kot. hihi..pedas pedas manja gitu. Rempah dia memang menyengat betul. Sedap tu sedap boleh buat rasa teringin nak makan lagi.

      Delete
  4. Laris sungguh...sampai ada tempat habis stok ya 😀

    Akak belum mencuba lagi. Kena beli satu set biasa jugak kot macam Fiza & suami, bimbang rasanya tak menepati selera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka laris betul. Kalau nak rasa, beli 1 set ada dua ketul tu okaylah rasa sorang seketul kak.

      Delete
  5. Antara kfc spicy dengan yang ni ..mana satu lebih pedas? Dah lama tak makan kfc ni.

    ReplyDelete
  6. kfc kat indonn ni mesti ada nasi ganti coleslaw dgn kentang putar ., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke wak...Alahaii..mesti wak rindu kentang putar dan coleslaw kan...

      Delete
  7. Dari hari tu lagi terliur tetapi tak yakin nak beli sebab kadang2 menu baru kfc ni ada yang ‘fail’ rasanya. Okey, dah teracun baca review Fiza. Akak pempedas… nak gi belilah 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli 1 set seketul sorang pun jadilah Kak Farrah, buat rasa rasa. Kalau sedap boleh beli lagi..Silakan mencuba kak Farrah :)

      Delete
  8. Dah lama sangat tak makan ni. Sampaintak perasan tagline tu digantung sementara atau pek sos tu dah berubah. Orang Portugis memang suka rempah ye. Patutlah dulu sanggup berlayar ke Melaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada terbaca pasal tagline tu. Sekarang ni tak tahulah Sal. Orang Portugis suka guna rempah rempah pedas kot agaknya. hihi...

      Delete
  9. Sedap ya? Kira berjaya KFC kali ini.
    Nantilah kalau terlalu depan KFC. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahan sedap juga. Boleh makan dan boleh ulang makan. Selamat mencuba :)

      Delete
  10. seriously, lama sungguh aida x ngap kfc, fiza.
    last ari tu time pkp 2.0 kot. last year.
    yes yes. beli kat area gangsa tu, drive thru.
    ari tu offer snack plate rm10 pun tak join.
    sebab kerja kat KL hari tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas ni bolehlah cuba yang baharu ni Kak Aida. RM10 haritu saya tak sempat beli, sehari promo memang tak sempatlah cerita dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

blogger
© Blog Sihatimerahjambu
simerahjambu