Telefilem Mat Salleh Sangat (TV1)

Azhafizah MN
By -
0
Tonton Telefilem Mat Salleh Sangat bersiaran pada hari Sabtu 5 November 2022, pukul 10:00 malam di slot Panggung RTM TV1. Telefilem Mat Salleh Sangat sebuah telefilem romantik komedi lakonan Janna Nick, Erwin Dawson, Fimie Don, Falisha Crossley dan ramai lagi.

mat salleh sangat full movie

TELEFILEM MAT SALLEH SANGAT

Waktu siaran : Sabtu, 5 November 2022, pukul 10:00 malam
Siaran TV : Slot Panggung RTM TV1
Pengarah : Jet Lee (M Nazir Juhan)
Produksi : SYD Pictures Sdn. Bhd.
Genre : Romantik Komedi

PELAKON TELEFILEM MAT SALLEH SANGAT

  • Janna Nick
  • Erwin Dawson
  • Fimie Don
  • Fathil Dani
  • Norseha
  • Dian P. Ramlee
  • Sharonizam
  • Falisha Crossley

SINOPSIS TELEFILEM MAT SALLEH SANGAT

Kisah tentang Haji Halim yang mahukan anaknya Mimi berkahwin cepat. Ini kerana jika tidak Mimi akan dikahwinkan dengan sepupunya, Haikal. Namun Mimi tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.

Mimi sebaliknya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya di sebuah syarikat kepunyaan Puan Khairah. Sementara itu muncul anak Puan Khairah bernama Johan yang baru tamat pengajian dan mula belajar bekerja di syarikat itu.

Meskipun pada mulanya dia enggan berkongsi masalahnya dengan sesiapa, tetapi kemudiannya Mimi memberitahu Johan masalahnya dan meminta Johan membantunya menyamar sebagai Mat Salleh untuk diperkenalkan kepada bapanya Hj Halim sebagai calon suaminya.

Pada mulanya Haji Halim mempercayai Mimi dan mula suka kepada Johan yang diberi nama Juan. Tetapi akhirnya Haji Halim terdengar Johan berdoa dalam bahasa Melayu dengan amat fasihnya dan memarahi Mimi kerana membohonginya.

Dalam pada itu Puan Khairah telah dicolek oleh Shidi, bekas bekerja yang dipecat kerana menipu pelanggan dengan mengurangkan barangan yang dijual. Shidi berdendam dengan Puan Khairah dan mencoleknya untuk meminta wang tebusan sebanyak 5 juta ringgit.

Johan bergegas pulang untuk menyelamatkan ibunya, Puan Khairah. Polis telah dihubungi dan berjaya memberkas Shidi. Haji Halim dan isterinya kemudian terkejut apabila Johan bersama ibunya datang ke rumahnya untuk melamar Mimi. 

Adakah lamaran tersebut diterima keluarga Mimi?

Post a Comment

0Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Post a Comment (0)