Header Ads

Perdana Menteri Ke-10 Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim


Akhirnya terjawab juga Siapakah Perdana Menteri Malaysia Ke-10 selepas 3 hari PRU15 berakhir. Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 harini. Perlantikan ahli Parlimen Tambun itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah setelah bermesyuarat dengan Raja-Raja Melayu.

Setelah memperhalusi titah pandangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Seri Paduka Baginda telah memberi perkenan untuk melantik Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.

Selaras dengan kuasa baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43 (2)(a) Perlembagaan Persekutuan.

perdana menteri ke-10 malaysia
sumber : Astro Awani

Proses seterusnya ialah Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5:00 petang hari ini di Istana Negara.

sumber : Astro Awani 

Keputusan PRU 15 yang ada sejarahnya tersendiri tahun ini. Sama-sama kita nantikan senarai barisan kabinet kerajaan persekutuan 2022 baru serta manisfesto yang akan dilakukan. Semoga pembentukkan kerajaan baru dapat memberi manfaat yang baik buat rakyat Malaysia.

baca juga : Keputusan PRU15 Senarai Penuh Pemenang Kerusi Parlimen Malaysia

Antara intipati kenyataan media pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim pada (24 November 2022) sebagai Perdana Menteri.
  1. Komited mempertahankan Perlembagaan - Bahasa Melayu, agama Islam sebagai agama rasmi negara dan kedudukan Raja-Raja Melayu, hak keistimewaan kaum Melayu tanpa meminggirkan hak kaum Cina, India, suku kaum Sabah dan Sarawak serta Orang Asli.
  2. Pemerintahan dibentuk dengan dukungan padu dan mantap dari tiga gabungan terbesar yakni Harapan, Barisan Nasional dan Gabungan Parti Sarawak
  3. Kerajaan akan menjamin dan menjaga hak semua rakyat Malaysia khususnya golongan yang terpinggir dan melarat tanpa kira bangsa dan agama
  4. Fokus nombor satu saat ini adalah agenda pengukuhan ekonomi
  5. Melawan rasuah dan penyelewengan secara serius dan habis-habisan dengan menggerakkan agenda reformasi tatakelola (‘governance’) pemerintahan
  6. Usul Undi Percaya akan menjadi agenda pertama sewaktu Sidang Dewan Rakyat pada 19 Disember ini
  7. Tetap menolak untuk menerima gaji sebagai Perdana Menteri
  8. Isnin, 28 November 2022 ini adalah CUTI UMUM seluruh negara
sumber : https://twitter.com/anwaribrahim/status/1595805493137928192

6 comments:

  1. Tercapai jugak cita-cita beliau. Kita pun kena terus berusaha sampai capai impian kita lah nampaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, semoga beliau menjalankan tanggungjawab dengan amanah dan saksama.

      Delete
  2. Alhamdulillah.. akhirnya jawatan PM ke-10 dahpun diketahui. Semoga beliau dapat jalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik dan saksama. Aamiin

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.