Header Ads

Ikan Kerisi Goreng Dan Kacang Botol Tumis Pedas


Kadang otak kosong, habis idea nak masak apa. Nak makan telur goreng macam bosan pula. Tekak tak rasa nak makan telur goreng mahupun telur goreng kicap. Sambil tu fikir apa yang ada dalam kulkas. Teringat ada baki ikan kerisi 2 ekor. Goreng pun sodap!

Gaul kunyit dan garam je. Minyak dah panas, leburkan je terus masuk kuali. Ikan kerisi dengan garam dan kunyit goreng garing pun sedap dah. Pernah cuba campur sekali pes asam jawa macam masak ikan goreng kembung sedap tu.

Tapi macam tak sesuai campur pes asam jawa. Kalau letak pes asam jawa, tak boleh nak goreng garing macam ni sebab cepat hitam kalau letak asam jawa. Lepas tu rasa dia tak sesedap ikan kembung. Ikan kerisi lebih sedap lagi digoreng garing bersama garam dan serbuk kunyit je dah memadai.

ikan kerisi goreng

Goreng garing makan dengan sambal gesek. Paduuu! Dengan tulang tulang boleh kunyah sekali bila digoreng garing.

Masak juga sayur kacang botor tumis. Tempat saya panggil kacang botol. Kacang botol ini juga dikenali dengan nama kacang botor, kacang sirek atau kacang kelisa.

Sebelum dia mereput coklat layu dalam kulkas, saya masakkan terus. Dapatlah sepinggan lauk kacang botol tumis pedas. Tumbuk kasar cili api, bawang putih, bawang merah dan ikan bilis sikit. Tumis sampai garing masukkan kacang dan garam sikit.

Kacau kacau layu sikit dan boleh angkat. Biar rangup baru sedap makan. Kalau ada kacang botor muda sedap juga dibuat ulam.

kacang botor tumis pedas

Lauk ringkas beginilah terpaling berselera makan. Sambal wajib ada tapi tak letak pula dalam gambar.

20 comments:

  1. Sedap ikan kerisi goreng tu Fizah.
    Teringat zaman kecik-kecik dulu, kalau arwah ayah beli berkati-kati ikan kerisi, emak kita goreng garing semuanya. Kemudian simpan sebahagian lebihannya dalam periuk besar, tindih dengan periuk lain di atasnya, untuk lauk waktu makan yang seterusnya. Kalau periuk ikan tadi dibuka keesokan harinya, aroma ikan goreng tambah sedap!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap betul goreng rangup tapi yang tak tahan tu isi perut dia agak kurang senang baunya. Lepas siang kena buang cepat cepat sebelum bau dia merebak. Oh begitu ye orang dulu simpan ikan goreng. Masih garing lagi kak Amie?

      Delete
    2. Tak garing dah. Ikan jadi lembap, tapi isinya jadi lebih lembut dengan aromanya yang baharu....entah nak kata aroma yang macamana hihihiii.

      Delete
    3. Ohh macam tu. Ikan kerisi kalau dah lembut sedap juga. Rasa ikan kerisi tu pun dah cukup sedap. Apatah lagi terbau aromanya..Tapi sekarang tak sempat nak simpan, habis licin dah. hihihi...

      Delete
  2. sedapnya menu akakk.. ikan goreng tu cecah dgn sambal gesek mmg padu..

    ReplyDelete
  3. selalu juga goreng ikan kerisi kat rumah ni...

    ReplyDelete
  4. sy, ikan kerisi ni goreng n ratah mcm tu je ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€sedap sgt

    ReplyDelete
  5. makan panas-panas sedap fiza ikannnya tu angkat dari kuali terus ngap berasap-asap..hihi

    ReplyDelete
  6. Betul lauk ringkas yang sedap. Akak memang suka ikan kerisi goreng.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikan kerisi memang sedap digoreng garing atau buat sambal berlada tabur atas dia.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.