Hadiah Dari Mamapipie

Ada panggilan dari unknown. Nak angkat ke tak eh? Dalam hati fikir mungkin courier kot sebab ada beli barang. Angkat je lah. Memang betul pun courier yang call. Dia nak confirmkan alamat sebab tulisan jalan pada consignment note tu tak berapa jelas.

Bila dah confirmkan alamat, tahu-tahu dia dah letak dalam peti surat tu. Entah bila dia letak pun tak tahu lah. 

Tengok tengok bukan barang yang saya beli. Tapi pemberian hadiah dari kak Adda a.k.a mamapipie sempena jadi top commentator tahun 2021 blog mamapipie. Tak sangka pulak terselit rezeki jugak dapat no.9 dengan 88 komen.


hadiah top komentator blog mamapipie

Macam-macam yang saya dapat, antaranya :

  • Mouse pad
  • Mini cosmetic bag
  • Mini personal notebook
  • Book mark calendar 2022
  • nota dari mamapipie
Macam tahu-tahu je saya nak tukar mouse pad baru. Tepat pada masanya dapat mouse pad baru. Mini cosmetic bag tu bolehlah kita letak barang makeup dalam beg travel telekung. Notebook comel simpan dulu dan guna bila diperlukan.

Book mark calendar 2022 boleh selit dalam planner. Terima kasih mamapipie untuk semua hadiah yang dikirimkan. Saya suka saya suka.

Semoga dilimpahi rezeki yang melimpah ruah seluas lautan, rezeki yang tak pernah berhenti mengalir seperti air zam zam yang tak pernah berhenti mengalir ke seluruh pelusuk dunia dengan segala keberkatan.
آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ

25 comments:

  1. Haah agaknya mula-mula gagal dihantar sebab sudah tidak nampak alamat.
    Alhamdulillah selamat sampai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur selamat sampai :) Bagus courier call dulu confirmkan.

      Delete
  2. Wahh..banyak dapat kiriman tahun ni...hihihi
    Tahniah Fiza ...Orang yang peramah...banyak hikmah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..orang memberi kita merasa mama cella.
      Terima kasih :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. Naniey punya pun baru sampai kelmarin dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..dapat juga dan sampai dengan selamat. Tahniah naniey :)

      Delete
  4. Replies
    1. Terima kasih Sal.
      Alhamdulillah sama sama dapat hadiahnya :)

      Delete
  5. Tahniah Fizah dapat hadiah. Mouse pad tu cantik!

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah.. comel hadiahnya.. Tahniah Fiza..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...memang comel hadiahnya. Terima kasih kaksha.

      Delete
  7. Tahniah fiza... selayaknya sbb mmg rajin ke sana ke situ.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kakMim..Mana yang sempat saya singgah :)

      Delete
  8. alhamdulillah dah selamat sampai. tenkiu fiza rajin singgah blog mama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Terima kasih mamapipie untuk kiriman hadiahnya. Terima kasih juga selalu singgah sini dan tinggalkan komen.

      sama sama kasih :)

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.