7 Staycation Hotel Di Melaka Yang Menarik

Tahun 2022 ni, ada juga perancangan nak bercuti di Melaka. Teringin nak staycation di hotel yang menarik di Melaka. Dalam pandemik COVID-19 ni lebih suka cari staycation hotel yang menarik dengan kemudahan dan aktiviti yang ada.

Nak stay hotel dan bercuti tenang tenang je gitu kaedahnya. Paling tidak pun staycation hotel yang ada kolam mandi dan gimnasium. Ada aktiviti outdoor atau berdekatan dengan pantai pun best juga.

Sebelum merancang percutian, marilah kita survey dulu staycation hotel di Melaka yang menarik. Mana lah tahu kot ada yang nak bercuti di Melaka juga, bolehlah dijadikan rujukan bersama gitu.

5 Staycation Hotel Di Melaka Yang Menarik

1. The Shore Hotel & Residences ⭐⭐⭐⭐

Staycation Hotel Di Melaka Yang Menarik The Shore Hotel & Residence
sumber : google


The Shore Hotel & Residences merupakan satu bangunan satu bumbung dengan The Shore Shopping Gallery. Dibawah satu bumbung ada daya tarikan yang lain seperti :

Kemudahan yang disediakan :
  • Kolam mandi
  • Gimnasium
  • Sky Tower
  • Shopping Gallery
  • Oceanarium
  • 3D Interactive Park
  • Toy Museum
  • Sky Deli Restaurant

The Shore terkenal dengan bilik yang luas dan selesa dengan harga yang lebih murah. Dapat menikmati permandangan bandar Melaka. Berdekatan dengan The Shore Hotel & Residences, boleh juga naik bot pusing pusing bandar Melaka melalui Sungai Melaka atau berjalan jalan sekitar Kampung Morten.

2. Swiss Garden Hotel Melaka ⭐⭐⭐⭐

Staycation Hotel Di Melaka Swiss Garden Hotel Melaka
sumber : google

Swiss Garden Hotel Melaka terletak bersebelahan dengan The Shore Hotel & Residences. Staycation hotel yang sesuai dan selesa untuk seisi keluarga datang menginap di sini. 

Terdapat 3 jenis kolam mandi :
  • Jaquzi
  • Kolam indoor infiniti
  • Kolam dengan taman permainan kanak-kanak
Permandangan bilik yang menarik menghadap kolam mandi ataupun sungai Melaka. Boleh menikmati permandangan matahari terbenam sambil menikmati hidangan di cafe tingkat paling atas. Setiap tingkat hotel juga menyediakan mesin kopi dan biskut percuma kepada tetamu yang menginap di sini.

Menginap di Swiss Garden Hotel Melaka juga boleh jalan jalan shopping di Shopping Gallery The Shore atau berjalan sekitar Kampung Morten. 

3. The Pines Melaka ⭐⭐⭐⭐

Staycation Hotel Di Melaka Yang Menarik The Pines Melaka
sumber : google

The Pines Melaka, antara hotel yang pernah viral suatu masa dulu. Bilik suite mempunyai kemudahan kolam renang setiap bilik. Tak perlu bersusah payah naik turun lif nak mandi kolam. Menariknya, kolam mandi dia air masin seperti air laut. 

Kemudahan yang disediakan :
  • Taman permainan kanak-kanak
  • gimnasium
  • Shuttle service ke Jonker Street dan Dataran Pahlawan
  • Perkhidmatan sewa basikal

Mempunyai ruang bilik yang luas seluas studio apartment. Dari bilik dapat menikmati permandangan sungai Melaka. Sesuai untuk staycation bersama keluarga ataupun berbulan madu. Hiasan dalam bilik pun menarik.


4. Moty Hotel ⭐⭐⭐⭐

Staycation Hotel Di Melaka Yang Menarik Moty Hotel
sumber : google

Melihat dari luar, bangunan Moty Hotel seperti bangunan heritage dan sangat menarik. Lokasinya sangat starategik berhampiran dengan tempat-tempat menarik kunjungan pelancong. Biliknya nampak mewah dan banyak kemudahan yang disediakan.

Kemudahan yang disediakan : 
  • Indoor pool
  • Spa jet pool
  • Sauna
  • Bathtub
     

5. DoubleTree by Hilton Melaka ⭐⭐⭐⭐⭐

Staycation Hotel Di Melaka DoubleTree by Hilton Melaka
sumber : google

DoubleTree by Hilton Melaka merupakan hotel milik rangkaian Hotel Hilton yang mempunyai banyak rangkaian seluruh dunia. Hotel 5 bintang yang baru sahaja beroperasi pada tahun 2018. Setiap tetamu akan dihidangkan dengan welcome cookies, satu kelainan bukan?

Kemudahan yang disediakan:
  • kolam renang dewasa dan kanak kanak
  • Bilik permainan
  • Sauna
  • Gimnasium
Permandangan dari bilik hotel boleh pilih untuk menikmati permandangan bandar Melaka, permandangan matahari terbit atau matahari terbenam. 

DoubleTree By Hilton Melaka berhampiran dengan tempat-tempat menarik seperti :
  • Kota A Famosa
  • Jonker Street
  • Freeport A’ Famosa Outlet
  • Dataran Pahlawan
  • Muzium Maritim
  • Elements Mall

6. Hatten Hotel Melaka ⭐⭐⭐⭐⭐

Staycation Hotel Di Melaka Hatten Hotel Melaka
sumber : google


Hatten Hotel Melaka lokasinya sangat strategik berhampiran dengan tempat-tempat menarik dan bersejarah di Melaka. Terdapat jejantas yang menghubungkan hotel dengan pusat membeli belah disebelah bangunan Hatten Hotel.

Kemudahan yang disediakan : 
  • Kolam renang infiniti
  • Kafe yang terletak di bumbung hotel, boleh menikmati permandangan indah bandar Melaka.

7. Atlantis Executive Melaka By I Housing ⭐⭐⭐

Staycation Hotel Di Melaka Yang Menarik Atlantis Executive Melaka By I Housing
sumber : iHousing

Atlantis Executive Melaka By I Housing merupakan apartment yang mempunyai banyak kemudahan dan pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan.

Kemudahan yang disediakan :
  • Taman permainan kanak-kanak
  • Kolam renang
  • Gimnasium
  • Aktiviti kembara jalan kaki
  • Kemudahan BBQ

Tempat menarik sekitarnya :
  • Muzium Warisan Baba & Nyonya
  • Jonker Street
  • Dataran Pahlawan
  • A Famosa

Menawarkan perkhidmatan shuttle lapangan terbang terbang berbayar ambil dan hantar di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka yang berjarak 13km.

Sehari tak cukup rasanya staycation di hotel-hotel menarik bercuti di Melaka ni. Tak ada idea nak staycation di mana, silalah cuba staycation di hotel-hotel di atas yang saya kongsikan. Antara hotel yang murah Melaka murah mesra bajet dan menarik. 

Selamat staycation and enjoy!

26 comments:

  1. saya tiba-tiba berasa nak santai-tour naik tren ke KL, menginap sehari di hotel bajet dan kembali ke penang. terpengaruh dengan sahabat saya juga face bookers Faisal bca.

    Sementara solo sekarang ini boleh la jalan-jalan solo hiburkan hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok juga bercuti santai santai begitu. Tenangkan fikiran dan hiburkan hati. Selamat merancang percutian 😊

      Delete
  2. Replies
    1. Saya pun lama tak ke Melaka uncle. Baru baru ni setakat singgah kejap je. Kena bercuti stay hotel baru best explore Melaka, kannn…

      Delete
  3. saya pernah menginap di Pines. memang best dan dekat dengan kampung Morten

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok Pines hotel tu cantik fan bestnya. Lagi lagi bilik yang ada swimming pool tu. Nak jalan jalan kat kampung morten gak.

      Delete
    2. ada swimming pool private tapi open air Fizah. still kena pakai tudung.

      Delete
    3. Perasan jugak dia open air. Memang tak private lah cerita dia. Cuma best sebab swimming pool dekat bilik je lah kan.

      Delete
  4. Replies
    1. Ye Aien. Semua hote ni best best. Bercuti kat Melaka bolehlah stay kat hotel hotel diatas 😊

      Delete
  5. Kalau ke Melaka memang kena bermalam sebab banyak tempat menarik boleh dilawati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena bermalam, banyak tempat menarik di Melaka ni yang tak sempat explore lagi.

      Delete
  6. lama tk ke melaka...menarik hotel2 yg di kongsi...ada rezeki bole try tgk mn yg berkenan...tq for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel hotel ni menarik untuk staycation. Banyak aktiviti kat hotel selain Jalan jalan sekitar bandar Melaka. Taklah bosan kan. 😊

      Delete
  7. Kawan saya ramai pergi Moty hotel tu.. hehe.. Berbaloi kata dorang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mostly ramai review best kan Moty Hotel tu. Itu yang pernah viral tu.

      Delete
  8. ada plan jugak nak ke melaka.. tq for sharing..leh survey2 gak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bolehlah stay mana mana staycation hotel yang best kat atas ni. Semua best kan.

      Delete
  9. Hotel-hotel yang Fiza senaraikan memang strategic dekat tempat tumpuan.
    Selamat menginap nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye kak, better stay hotel yang strategik sikit kan. Banyak tempat dekat dekat boleh jelajah

      Delete
  10. Replies
    1. Itu antaranya lah. Ada banyak lagi yang best best lyana :)

      Delete
  11. smuanya cantik2. bila la nak ke melaka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Balik Semenanjung nanti plan ke Melaka pulak Syu. Boleh staycation kat Hotel hotel best ni.

      Delete
  12. pernah stay 2 mlm di no 2 tu.
    yg lain sekadar lalu lalang hai hai bye bye aje.
    now da beralih ke camping. memang k.i.v dulu la hotel-hotel ni, fiza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun KIV dulu ni. Ada masa dan bajet boleh staycation sini.
      Camping tengah trending sekarang. Best ada kelengkapan macam akak.

      Delete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.