Filem Khaenak Serangan Pocong

Khaenak Serangan Pocong, sebuah filem sekuel filem Khaenak 1 & 2 yang mendapat sambutan cukup luar biasa di saluran YouTube. Filem Khaenak Serangan Pocong akan ditayangkan di saluran 480 Astro First mulai 11 November 2021.

Filem Khaenak Serangan Pocong diarahkan oleh Emma Kasmuri, terbitan KCTV Network & Broadcasting Sdn. Bhd. Menampilkan pelakon Harry Khalifah, Amin AR, Shan Jeevan, Kamarool Khy dan ramai lagi.

Filem Khaenak Serangan Pocong

FILEM KHAENAK SERANGAN POCONG

Tarikh tayangan : 11 November 2021
Siaran TV : Astro First 480
Penulis skrip : Ahmad Abila Ariffin
Pengarah: Emma Kasmuri
Produksi : KCTV Network & Broadcasting Sdn Bhd

SINOPSIS KHAENAK SERANGAN POCONG

Berlatarbelakangkan sebuah kampung di pinggir bandar, di mana berlaku bermacam-macam kejadian mistik. Kesemuanya berjaya diselesaikan dengan kesepakatan penduduk kampung dipimpin oleh Tok Penghulu.

Apak, Seorang komposer terkenal dari Kuala Lumpur datang bercuti di kampung bersama isterinya, Yana untuk mencari ilham bagi menghasilkan lagu terbaru. Yana mula memujuk Apak untuk membeli barang kemas selepas diperli oleh Mek Som dan Cik Ani.

Kemudian beberapa kejadian aneh mula berlaku di kampung tersebut apabila penduduk kampung mula diganggu dengan kehadiran pocong. Ada yang diganggu ketika memandu, ada yang diganggu dengan bunyi ketukkan pintu dan ada juga diganggu semasa tidur.

PELAKON KHAENAK SERANGAN POCONG

  • Apak Harry Khalifah sebagai Apak
  • Diana Ezety sebagai D’Yana
  • Kamarool Hj Yusoff sebagai Tok Bomoh
  • Hushairi Husain sebagai Dukun Siam
  • Along PM sebagai Pok Leh Agogo
  • Amin AR sebagai Amin Gagap
  • Shan Jeevan sebagai Sanjay
  • Ryezal Apak sebagai Pocong
  • Daddy Abila sebagai Tok Penghulu
  • Abe Mat Ngepeksebagai Pengurus Kedai Emas
  • Lah Herosebagai Lelaki Buta / Malek
  • Nurul Nabilah sebagai Cik Ani
  • Eyija Kasmuri sebagai Mek Som
  • Sufian Bakar sebagai Pian Kiting
  • Hafis Mustaffar sebagai Pemandu Van Jenazah 1
  • Bob Hazzely Hussain sebagai Pemandu Van Jenazah 2
  • Hamizai Hamid sebagai Isteri Dukun Siam
  • Afiq Afham sebagai Jurujual Kedai Emas

16 comments:

  1. Paling tak suka cerita ada pocong, hu3😂. Kalau sampai part seram, mesti tengok guna celah2 cari jer😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hantu pocong memang menakutkan. kadang berani kadang biasa je feel tu. Tengok cerita jugaklah. Kalau komedi tak berapa nak takut sangat. hihi

      Delete
  2. komedi seram..
    byk pelakon yg baru kan

    ReplyDelete
  3. Seram, takut nak tengok.. hantu berbungkus..

    ReplyDelete
  4. Poster tu harap boleh perbaiki lagi. Huhu

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Tak pasti lah kepopularitian dia macamana kak. Saya baru tahu yang 3 ni je :)

      Delete
  6. Replies
    1. ye, komedi seram ni rasanya sebab pelakon pun ramai pelawak

      Delete
  7. ni citer seram ke kelakar ni...tgok pelakon macama citer kelakar

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.