Bomboloni Gebu Gebas. Sila Cuba Resipi Bomboloni Mudah

Dah masak tengahari ke tu? Mood PKPB ni kecelaruan sungguh la. Tak macam PKP awal-awal dulu. Dia punya stress tahap next level. Nak masak pun tak ada mood. Selera pun turut terkesan bila PKPB ni. 

Datang mood rajin, tu diaaa.. masak rendang, masak mee kari. Tapi bila mood malas. Nak makan pun jadi malas. Sebelum tu rezeki mak bagi lauk ayam gulai. Semalam, husband balik bawa bomboloni kawan bagi.

Alhamdulillah. rezeki dapat bomboloni yang dah lama tak makan. Macam tahu tahu je tengah craving donut big apple. Dapat bomboloni pun syukur. Mujur belum order big apple lagi. Dalam satu pack ada 3 biji bomboloni perisa kiwi, chocolate dan orange. 

Pertama kali rasa inti kiwi dan orange. Before this pernah makan inti chocolate, strawberry dan nutella je. Waktu mula mula Bomboloni viral, Terlajak laris betul. Mahal pun laku teruk. Siapa je yang tak tergoda dengan bomboloni gebu gebas ni. Tengok pun dah terliur dah.

Bomboloni Gebu Gebas Kiwi Coklat Orange

Bomboloni

Bomboloni adalah sejenis donut berinti yang berasal dari Itali. Perkataan bomboloni berkaitan dengan perkataan Itali iaitu 'bombe' yang maksudnya bom. Disebabkan bentuk donut bulat dan berinti seolah olah bom yang sedang menanti masa untuk meletop, jadi dinamakan lah bomboloni. 

Bomboloni sering dijadikan hidangan pencuci mulut atau hidangan makanan ringan waktu petang. Intinya telah dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing.

  • Bomboloni nutella
  • Bomboloni chocolate
  • Bomboloni kastard
  • Bomboloni strawberry
  • Bomboloni orange
  • Bomboloni kiwi
  • Bomboloni cream cheese
  • Bomboloni oreo
  • Bomboloni pandan
  • Bomboloni milo tabur
  • Bomboloni peanut butter
  • Bomboloni red velvet
  • Bomboloni blueberry

Dan banyak lagilah flavours bomboloni yang ada. Yang popular dah tentulah chocolate dan nutella. Bomboloni vs donut? Mana satu jadi pilihan. Fiza pilih dua-dua! Tamak kan. Tapi tak rugi sebab dapat dua dua sekali. 

Cara membuat bombolini mudah boleh lah cuba resepi bomboloni khairulaming yang pernah dikongsikan di instagram beliau.

Resepi bomboloni Khairulaming 

Bahan²/Ingredients:
1 cawan susu segar suam (1 cup warm fresh milk)
1 sudu gula (1 tbsp sugar)
1 sudu yeast (1 tbsp yeast)
5 cawan tepung gandum (5 cups wheat flour)
1/4 cawan gula (1/4 cup sugar)
2 biji telur (2 eggs)
2 sudu mentega dicairkan (2 tbsp butter - melted)
1 sudu kecil esen vanila (1 tsp vanilla essence)
Nutella
Icing sugar

Cara buat bomboloni boleh tengok dalam video perkongsian Khairulaming di bawah


kredit : khairulaming

11 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. sedapnyaaa fiza..susah nak jumpa yang donatnya lembut lepas tu inti dalam penuh melelehhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap kalau lembut dan isi penuh. Orang memberi kita merasa :)

      Delete
  2. Terliur pulak rasanya bila tengok bomboloni nie, tapi tue la.. akak tak berapa suka yang manis² nie.. hihi

    ReplyDelete
  3. Tak masak tengahari. Makan nasi bungkus jew. Dulu pernah ikut kursus buat bomboloni anjuran kolej komuniti, FOC. Tapi tak pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
  4. Oooh sejenis donat ye. Nampak sangat sedap dan menyelerakan 😋

    ReplyDelete
  5. Mmg suka bomboloni.. Suka inti nutella tp tk pernah buat sdiri.. Mmg terliur tgk video Khairulaming tu

    ReplyDelete
  6. first time tau nama dia actually bomboloni, then i tak pernah rasa lagi... nmpk sedap

    ReplyDelete
  7. Ya rabbi gambar itu, sangat mengoda ookay... adoiiii
    Resepi mudah memang kena cuba ni, anak Sis suka makan Bomboloni ni...

    ReplyDelete
  8. betul fiza.. masak pun ikut mood. suka cuba resepi khairul ming

    ReplyDelete
  9. Percaya tidak akak belum pernah cuba bombalini?

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال