Spaghetti Goreng Masak Cara Fiza

Morning semua! Isnin terakhir di bulan November 2020. Esok dah masuk disember dah. Sepantas kilat bulan November muncul. Tahu tahu esok dah bulan baru. Masih dibelenggu persoalan "bilakah covid-19 akan berakhir?" dengan hari hari kes begitu je tak pernah surut.

Marilah kita meneruskan kehidupan sepositif mungkin. Moga pengaruh positif tu dapat merebak pada semua orang saat ini.

Tengah melayan video Cereka Tok Sidang Jinggo Yahya yang tengah self quarantine selama 14 hari disebabkan dia salah seorang kontak Aliff Satar yang disahkan positif Covid-19 ketika sedang penggambaran drama penjara janji di Melaka.

Tengok hidangan spaghetti yang dihidangkan Sheila Rusly tu rasa macam teringin pula nak makan spaghetti goreng. Tanpa berlengah terus masak spaghetti goreng. Mujurlah ada bahan-bahannya.


Bahan-bahan Spaghetti Goreng

spaghetti *rebus dan toskan.
2 ulas bawang putih *ditumbuk kasar
1/2 biji bawang besar * ditumbuk kasar
2 sudu cili kisar
4 sudu sos bolognese
4 ekor udang
garam sikit
serbuk pasti sedap sikit
1 sudu kecil black pepper
Capsicum hijau *potong dadu
Capsicum kuning *potong dadu
1/2 biji tomato (buang biji) *potong dadu
mixed herbs
4 sudu besar minyak untuk menumis
chilli flakes

Cara Penyediaan

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang merah sampai naik bau dan garing sikit. Masukkan cili kisar, sos bolognese dan black pepper, kacau rata dan biarkan garing seketika. Masukkan garam dan masukkan udang, kacau lagi.

Bila udang dah hampir masak, masukkan spaghetti dan kacau rata. Dah rata baru masukkan tomato, capsicum hijau, capsicum kuning, tomato, chillie flakes, serbuk pasti sedap dan mixed herbs. Kacau rata semua dan siap.

Capsicum tu optional ye. Kebetulan ada stok capsicum hujung hujung nak habis. Jadi masukkan lah sekali. Lagi satu, suka letak akhir sekali sebab nak capsicum tu rangup sikit. Tak nak pedas jangan letak chilli flakes ye. Stok chilli flakes dominos berlambak pula. Rugi tak tabur sekali. Rasa pedas sikit barulah sedap nak lawan dengan rasa masam masam sos bolognese dan tomato.

Masukkan sekali mixed herbs lagi sedap rasa spaghetti goreng tu. Mudah dan sedap! Okay, nampaknya dah mula selera dengan masakan sendiri. Kena pelbagaikan menu setiap hari biar tak jemu.


19 Comments

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan. Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun, soalan yang jawapannya terang lagi bersuluh ada dalam entri, atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan. Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum.

Sekian Terima kasih.

  1. Sedapnya spaghetti udang melingkau-lingkau!

    ReplyDelete
  2. Menariknya resepi spaghetti yang Fiza buat ni. Rasa mesti sedap.

    ReplyDelete
  3. Terussss ek.. tgk sheila rusly masakk. hihi... ngaaappppppp terussss

    ReplyDelete
  4. Nampak sedap, tambah pulak dgn gambarnya yg cantik tu, bikin memikat hati

    ReplyDelete
  5. Waa shedapnyaa... kita harini anak nak masak spageti, tapi tak tau laaa spageti apa kang dia masak..so Emaknya offday cook hahahaha

    ReplyDelete
  6. lama x masak spagetti goreng.. ni antara menu bekal anak² kakmim ke sekolah... hehehe

    ReplyDelete
  7. gambar tu ambik sendiri ke? nampak profesional sangat.. hebat..

    ReplyDelete
  8. spagetti lebih baik dari mee..

    saya memang gemar spagetti ini..

    dan reseipi yang dinyatakan macam senang jer nak follow

    ReplyDelete
  9. Boleh cuba resipi ni nanti. Memikat selera ya. Hihi. TQ sharing resipi awak.

    ReplyDelete
  10. Sedapnya.. bubuh pula udang.. memang best..

    ReplyDelete
  11. Sekarang ini orang guna spageti gantikan mee kuning.

    ReplyDelete
  12. sedapnyeee..udang atas spaghetti tu menyelerakannn

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

نموذج الاتصال