Nasi Kepal Jepun, Onigiri Family Mart

Siapa suka nasi kepal Jepun? Saya lah antara manusia yang suka sangat makan nasi kepal jepun atau dikenali juga dengan nama Onigiri atau rice ball. Siapa suka sushi atau makanan Jepun yang berasaskan nasi, gerenti suka makan nasi kepal ni.

Onigiri 

Dikenali juga dengan nama Omusubi. Onigiri pula istilah yang digunakan oleh wanita di istana Maharaja. Onigiri sejenis makanan Jepun yang berasaskan nasi. Nasi dikepal dan dipadatkan ketika masih panas. Terdapat beberapa bentuk onigiri iaitu bulat, segitiga, kon atau karung beras. 

Mengikut tradisi, Onigiri dimakan dengan mengunakan tangan dan bukan menggunakan penyepit seperti makanan lain.

Di China, onigiri dipanggil dengan nama fàntuán. Di Malaysia, kita panggil nasi kepal lah. Onigiri di Malaysia ada di jual di Family Mart, AEON, myNEWS dan restoran makanan Jepun.

Dulu dulu nak makan sushi ke onigiri ke beli kat AEON atau resto Japan. Sekarang tak susah nak cari. Beli je Onigiri Family Mart sebab cawangan Family ada dimana-mana. 

Dekat Family Mart tu apa je yang tak sedap? Semua sedap sedap. Yang viral yang sedap semua cepat habis. Itu yang menyampah tu. Nak order delivery by foodpanda, tak banyak pilihan.

Sekali bila teringin makan onigiri terus memborong nasi kepal si onigiri yang sedap. Semua jenis onigiri fillings pun saya suka.

Onigiri Family Mart

Depan sekali salted egg shrimp, salmon cream cheese dan belakang sekali tu tuna mayo. Ingat-ingat lupa dah rasa dia. Ketiga-tiga sedap sebab dah biasa makan dan biasa membeli onigiri segitiga ni. 

Yang tak pernah beli, jenis bulat dan nasi berperisa. Nasi berperisa tu macamana? Nasi goreng yang dikepal.

Spicy kampung fried rice onigiri

Rasa dia macam nasi goreng kampung versi Jepun sebab guna beras Jepun dan basah basah gitu. Ada rasa pedas sikit sesuai untuk yang tak suka pedas sangat. Ada sebiji telur mata yang comel atas tu. Nampak telur putih je sebab tertutup dengan label.

Spicy kampung fried rice onigiri

Tomyam pedas seafood onigiri

Yang ni best! Peminat tomyam mesti suka gila sebab rasa tomyam dia memang padu! Tapi tak sesuai untuk orang yang tak makan pedas sebab pedas dia. Label dia pedas tapi bukan pedas biasa-biasa ni. Pedas atas sikit dari pedas biasa.

Tomyam pedas seafood onigiri

Spicy Syiok-Bokkeumbap korean fried rice

Tiba-tiba terselit flavour Korean food dalam Japan food. Yang ni adik ipar belanja. Spicy syiok ni bokkeumbap korean fried rice memang pedas next level. Tak tahan makan satu kepal pun. Ini pun share berdua. 

Pedas Korea tahu lah macamana kan. Ala ala pedas samyang ramen tu. Tapi jenis onigiri ni ada perisa dan taklah rasa pedas semata-mata.

Spicy Syiok-Bokkeumbap korean fried rice

Tiramisu parfait tu nanti cerita lain.

14 comments:

  1. wah selalu tgk perisa tuna n biasa2 je..
    ni ada plak perisa tomyam, fried rice.. mmg tekak melayu ni hhahaha

    ReplyDelete
  2. Belum jumpa lagi nasi kepal jepun di LD. Kalau ada memang tak lepas peluang nak cuba. Makanan Jepun dan Korea memang kami sekeluarga suka.

    ReplyDelete
  3. Wahh dah ada perisa tomyam, spicy fried rice. Dah macam makanan melayu hahaha. Tak nampak jepun dah hehehe

    ReplyDelete
  4. makanan 'portable' orang jepun..mereka kan jenis sibuk...
    bawak ni dalam poket..lapar capuak dalam mulut

    ReplyDelete
  5. Wah sakan sungguh memborong onigiri. Hehe nasi kepal ada pernah makan sekali dua.
    Perisa pun menarik. Tidak tahu bila dapat pergi Family Mart. Jauh sedikit daripada rumah.

    ReplyDelete
  6. Sha pun suka onigiri ini tapi sini susah cari.. Yang bulat tu tak pernah rasa..

    ReplyDelete
  7. Nyum nyum! :)

    Saya dah update bloglist pertama saya https://adindabaizuramazlan.blogspot.com/2021/03/pengomen-tegar-mac-2021-bloglist-april.html

    ReplyDelete
  8. First and last makan onigiri masa gi Osaka. Menarik jugak choices kat family mart. Thanks share. Nanti nak try tapi yang pedas tu tak lah kot. Hehe

    ReplyDelete
  9. Terliur pulak tengok onigiri FamilyMart ni. Kat area akak FamilyMart jauh. Selalu kalau teringin, redah perasa apa yang ada dekat 7e atau MyNews 😊

    ReplyDelete
  10. tak pernah cuba lagi. kat area saya belum ada lagi family mart ni..

    ReplyDelete
  11. tapi......akak terpesona dengan segala alas makanan dalam gambar ni! hahaha! kalo akak makan onigiri, mesti nak try yang biasa aje..macam tuna mayo ke, salmon mayo ke...tak reti nak cuba yang lain2...but pernah try jugak chicken floss or chicken rendang..kiranya citarasa melayu lah..haha

    ReplyDelete
  12. kalau travel japan ni, onigiri mesti dlm beg sbb tkot lapar hahaha if pergi pendalaman naik train lama2

    ReplyDelete

Segala komen-komen yang telah disiarkan adalah tanggungjawab sepenuhnya ke atas penulis itu sendiri.
Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab jika berlaku sebarang permasalahan berkaitan dengan komen yang disiarkan.
Mana-mana komen yang berbentuk iklan, mengandungi link/url, mengandungi kata-kata maki hamun atau tidak menyenangkan tidak akan disiarkan.
Begitu juga dengan unknown profile. Harap Maklum. Sekian Terima kasih.

Powered by Blogger.